Wajib Tonton dan hayati kisah kelebihan selawat kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Oleh : Tuan Guru Haji Musa رحمه الله تعالى Tumpat, Kelantan
Sudah 8 tahun video ini tetapi setiap kali melihatnya mengalir air mata se’bak.. Ada satu detik dalam video ini sangat berharga..
(** Kisah lengkap juga boleh dibaca selepas video)
Pada suatu ketika, Imam Sufyan Ats-Tsauri, seorang Tabi’in besar melihat seorang lelaki yang tidak meninggalkan membaca selawat ketika berhaji, baik ketika tawaf, sa’i mahupun ketika melakukan amalan-amalan lainnya.
Beliau lalu menghampiri pemuda tersebut lalu berkata;
“Apakah halmu wahai saudara? Aku melihat kamu tidak meninggalkan dari membaca selawat, sehingga aku mengira bahawa anda telah meninggalkan dari membaca tahli, tasbih, takbir dan tahmid meskipun di sana ada doa dan bacaan tertentu pada tempat tertentu, maka ceritakanlah kepadaku!.”
Pemuda tadi bertanya; “Siapakah anda?”
Sufyan menjawab: “Aku adalah Sufyan Ats-Tsauri”
Pemuda itu membalas “Seandainya tuan bukanlah orang yang istimewa di zaman ini nescaya aku tidak akan memberitahukan masalah ini dan membukakan kurniaan Allah kepadaku”
Kemudian pemuda itu berkata kepada Sufyan Ats-Tsauri :
“Sewaktu aku mengerjakan Haji bersama ayahku. Dan ketika berada di dekat kepalanya ayahku mening-gal dan wajahnya tampak hi’tam kelam. Lalu aku mengucapkan “إنا لله وإنا إليه راجعون,” dan aku menutup wajah ayahku dengan kain. Kemudian aku tertidur dan bermimpi dimana aku melihat ada orang yang sangat tampan, sangat bersih dan mengusap wajah ayahku, lalu wajah ayahku itu langsung berubah menjadi putih.
Saat orang yang tampan itu akan pergi, lantas aku pegang pakaiannya sambil bertanya :
“Wahai ham’ba Allah siapakah anda? Bagaimana dengan sebab anda, Allah menjadikan wajah ayahku itu langsung berubah menjadi putih di tempat yang istimewa ini?”
Orang itu menjawab : “Apakah kamu tidak mengenal aku? Aku adalah Muhammad bin Abdullah yang membawa Al-Qur’an. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang melampaui batas (banyak berbuat do-sa). Akan tetapi ia banyak membaca selawat atasku. Ketika ia berada dalam suasana yang demikian, ia meminta pertolongan kepadaku maka akupun memberi pertolongan kepadanya. Kerana aku suka memberi pertolongan kepada orang yang banyak memperbanyak selawat atasku.”
Setelah itu saya terbangun dari tidur dan saya lihat wajah ayahku berubah menjadi putih. Maka semenjak itu, aku bersum-pah untuk tidak meninggalkan bacaan selawat selama mana aku masih hidup.”
Kerana begitu terkesan dengan kisah pemuda tersebut, Imam Sufyan Ats-Tsauri juga memperbanyakkan selawat dalam kehidupannya. (Tanbih Al-Ghafilin oleh Imam Abu Laits As-Samarqandi) – oleh : محمد فائز حارث البكاني
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku