Kisah Imam Hassan Al Banna Mahu Berkenalan Dengan Isterinya Dan Nasihat Beliau

Saya suka pada satu kisah tentang Imam Hassan Al Banna.

Masa mahu berkenalan dengan isteri, beliau pergi ke rumah keluarga bakal isterinya. Di waktu itulah beliau terdengar suara isterinya mengaji. Di situ beliau terus setuju. Bukan jatuh cinta kerana suara itu. Tapi kerana fasih dan lancarnya sang isteri mengaji.

Itu penting bagi beliau. Sebab esok wanita itu akan jadi ibu dalam rumahtangga. Orang yang paling sesuai untuk mendidik anak-anaknya mengenal Quran.

Dan benar sekali. Wanita yang sama itu juga turut keras berjuang untuk agama. Saat Ikhwā nul Mus lim perlukan perabot untuk pejabat, isterinya tidak berat langsung memberikan meja dan perabot dari rumahnya.

Juga saya tertarik pada satu nasihat beliau.

Jika mahu rumah yang dirahmati atau ingin dirahmati, jangan biasakan ada suara jerīt pekīk dan bahasa kasar di dalam rumah.

Malaikat tak masuk rumah yang ada jerīt pekīk. Dan tak masuk ke rumah yang di dalamnya ada manusia bersīfat kasār. Yang masuk adalah jīn.

Bila rumah malaikat tak masuk, maka tak ada rahmatlah sampai di dalam rumah itu. Dan terus meneruslah rumah itu berada dalam kerosākan. Rumahtangga yang rosāk akan menghasilkan ahli keluarga yang juga rosāk.

Imam Hassan Al Banna juga tidak pernah sekali-kali melāung nama ahli keluarganya waima pada anak-anak beliau. Bila nak panggil beliau pergi dekat. Panggil dengan lembut.

Kerana itulah anak-anaknya juga setiap kali berbicara tentang ayahnya, setiap kali juga menyebut, “Ayah, semoga Allah merahmatinya”.

Rahmat dalam rumahtangga itu tidak tercipta tanpa kita berusaha menciptanya…

Siti Suryani Yaakop
#kaknis

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Sumber : WanNasyatul Ishak

Related articles