(Kisah Benar) Kematian Pondan Yang Ditangisi

Tetiba rasa nak buat thread pasal ‘kematīan pōndan yang ditangisi’. Kisah ini kisah benar. Aku kongsikan kisah ini bersebab, bukan suka-suka atau saja-saja. Ada tujuannya. Aku nak kita semua belajar, ambil pedoman, tauladan dari kisah ini. Sebab aku kongsikan kisah ini, aku nak diri aku, korang semua dan sesiapa sahaja yang membaca agar kita jadi tukang ajak mengenal Tuhan, mengenal Allah سبحانه و تعالى‎  bukan jadi penghukūm.

Ok, cerita ini berlaku dalam beberapa tahun yang lepas. Kejadian ini berlaku waktu program pertama kem yang dibuat khas yang dianjurkan untuk golongan L G B T. Korang paham kan apa maksud L G B T ni, jadi tak perlu aku jelaskan siapa mereka ni.

Ok, kita sambung.. korang banyangkan kita orang punya la susun program kem untuk diorang ni, diorang pula boleh buat kem ni untuk berseronōk, bersuka-suka. Antara initipati program kem ini adalah untuk kenali diri dan sahsiah diri.

Jujur aku kata, bukan mudah untuk kami ‘handle’ golongan ini.. serius bukan mudah. Misalnya bila sampai waktu untuk solat (kami akan solat berjemaah) yang datang untuk solat beberapa kērat je. Nak tahu lain lain pergi mana? Diorang terjun sungai beb. Ya terjun sungai mandi-manda.. untuk pengetahuan korang, lokasi program ini kami buat di Ulu Yam.

Hari terakhir program kem ni, kami wajibkan untuk semua peserta-peserta untuk datang solat berjemaah. Tapi apa yang jadi diaorang tak endah arahan tu, diorang kebiasaanya hanya datang waktu solat Isyak sahaja. Kitaorang 1 team redha sahaja, sebab ini cabarān yang Allah berikan kepada kitaorang.

Nak dijadikan cerita, tetiba ada seorang ‘pōndan’ ni datang surau dengan yakin pakai telekung. Apa yang korang rasa? Terperanjat volunteer perempuan. Volunteer lelaki pun terkejut. Kitaorang dah habis pikir dan kitaorang biarkan dia solat dengan pakai telekung tu.

Atas nasihat team perempuan, dia solat diantara saf lelaki dan saf perempuan. Aku tak pasti, tak ingat sebenarnya apa yang diaorang ‘gorēng’, tapi dia setuju. Jadi, kami terus solat.

Lepas selesai solat, kami pusing belakang semua participants hilang, yang tinggal volunteers dan si dia sahaja. Confrim participants semua terjun sungai. Yela, sebab hari terakhir program kat kem kan. Jadi, diorang semua berpartī kat sungai aku rasa. Lepas zikir dan masa imam baca doa, tiba-tiba kitaorang dengar bunyi orang menangīs dan meraūng. Waktu tu semua dah suspen, risau.. kitaorang toleh je, si pōndan tu yang menangīs meraūng. Terus kitaorang pergi kat dia. Takūt la kan kena rasūk ke apa sebab dalam kem selalu dimomōkkan dengan benda tu.

Rupanya dia dapat hidayah daripada Allah سبحانه و تعالى‎. Dia kata dia tak pernah rasa setenang dan senyaman ini waktu dalam sujud. Meraūng-raūng dia memohon keampunan dekat Allah. Volunteers semua tak tahu nak buat apa. Jadi, ustaz la yang pergi bersila depan dia. Yela, nak pelūk atau nak pegang tak boleh sebab nanti timbul fītnah pulak sebab dia bertelekung. Takut juga orang nampak ke apa, jadi vīral pulak nanti. Jadi masing-masing ambil insiatif pujuk dia. Pujuk punya pujuk punya pujuk, dia dah slow menangīs. Dah siap janji untuk berubah.

Kami panjatkan kesyukuran kepada Allah. Atleast dalam 30 orang ada seorang yang ini berubah. Jadilah. Kami buat perjanjian akan pantau dan bantu. Maka, selebihnya kita serah pada yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang.

Selang beberapa hari tamatnya program kem, kami pergi jumpa bertemu denganya, dia maklum kepada kami bercadang nak balik ke kampung. Lepas tukar tukar no telefon, dia pun pulang ke kampung dan dia pun hilang. Kami cuba juga cari, tapi kami gagal. Lepas setahun, kami dapat khabar berita yang dia telah menīnggal dunīa. Kami diminta ke kampung dia. Bayangkan saat semua orang tengah buat preparation nak sambung raya, dengan jalan jammed.

Dia menīnggal dunīa seminggu sebelum raya, ngam-ngam seminggu. Lepas berbincang, kami pun ambil keputusan 2 kereta yang akan pergi. 1 kereta lelaki dan 1 kereta perempuan.. Dari Kuala Lumpur hujan lebat, sesampainya kami di kampung arwāh tak hujan cuma mendung. Kami sampai agak lewat. Kami berbuka puasa di surau.

Bila lepas berbuka dan solat maghrib, kami bertemu dengan orang yang hubungi kami. Beliau merupakan imam di kampung arwāh. Aku tanya serba sedikit tentang punca kematīan arwāh. Arwāh menīnggal hendak solat. Arwāh terjatūh dan arwāh menīnggal sewaktu wudhu masih basah dibadannya.

Waktu tu kami terus tanya macam-macam, tapi imam cakap lepas tarawih baru dia kan ceritakan semua. Kami pun dengan redha menunggu. Selesai sahaja solat sunat Tarawih, imam pun buat pengumuman, mana-mana pihak yang dapat manfaat sewaktu arwāh masih hidup diminta tunggu.

Waktu tu kami terkejūt sebab ramai yang tunggu. Sebenarnya waktu arwah pulang ke kampung arwah tidak pernah disisīhkan walaupun dia bekas pōndan, malah arwāh didekati. Atas faktor keselamatan, arwah diminta untuk menukar nombor telefon, sebab itu kami terputūs hubūngan, lōst contact dengan arwāh.

Semenjak arwāh pulang ke kampung, arwah bekerja dan hasil titik peluh dia, dia gajikan pula seorang Ustaz daripada tahfiz berdekatan untuk mengajar anak-anak dan sesiapa sahaja yang nak belajar al-Quran. Malah arwāh juga akan sediakan makanan setiap malam Jumaat untuk jamuan lepas bacaan Yassin dan tahlil.

Arwāh juga mengajar orang-orang kampung cara buat kek dan macam-macam jenis kek diajar secara percuma untuk ibu ibu tunggal di kampung pada setiap hari sabtu. Dan arwāh tidak pernah tinggal solat subuh, maghrib dan isyak di masjid.

Kami semua dah mula sebak. Jujur, kami asalnya memikirkan tiada siapa nak dan akan urusakan jenazāh seorang bekas pōndan, rupanya orang kampung berlumba-lumba nak uruskan jenāzah arwāh. Dan arwāh diusūng oleh anak-anak tahfiz dalam keadaan cuaca mendung dan tenang.

Kami juga dapat tahu yang arwāh juga seseorang yang berjaya menghidupkan masjid dengan berjemaah di masjid. Mengupah ustaz dan masak setiap hari Khamis malam Jumaat. Aku sendiri malū dengan diri sendiri.

Usai semua, kami pun pulang ke bandaraya KUALA LUMPUR. Sepanjang perjalanan kami semua diam dan fikir dua soalan je. Soalan ni aku nak kita fikir sama-sama. Bagaimanakah pengakhiran kita? Adakah dirai atau ditangisī?

“Aku tidaklah mengajak kalian meraikan L G B T. Aku cuma hope kamu semua guide mereka mengenal Tuhan bukan jadi Tuhan dengan menghukūm mereka. Bawalah mereka seiring. Ditarbiah bukan dibiar. Moga kita semua sentiasa berpeluang menjadi yang lebih baik.”

*** Nota : Kisah ini dikongsi oleh @FaizQayyuum dan kami di vmk menulis semula dengan penambahan perkataan dan ayat tanpa mengubah jalan cerita penulis asal.

Yang penting adalah pengakhiran kita. Tapi adakah kita tahu bila masa kita akan tamat?

لَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَعْجَبُوا بِأَحَدٍ حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ صَالِحٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا سَيِّئًا وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا صَالِحًا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ

Dari Anas bin Malik رضي الله عنه  bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda: “Janganlah kalian merasa kagum dengan seseorang hingga kalian dapat melihat akhir dari amalnya.

Sesungguhnya ada seseorang selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal kebaikan, yang sekiranya dia menīnggal pada saat itu, dia akan masuk ke dalam syurga, namun dia berubah dan beramal dengan amal keburūkan.

Dan sungguh, ada seorang hāmba selama beberapa waktu dari umurnya beramal dengan amal keburūkan, yang sekiranya dia menīnggal pada saat itu, dia akan masuk nēraka, namun dia berubah dan beramal dengan amal kebaikan. Jika Allah menginginkan kebaikan atas seorang hamba maka Dia akan membuatnya beramal sebelum kematīannya.”

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana Allah membuatnya beramal?” Beliau bersabda: “Memberinya taufik untuk beramal kebaikan, setelah itu Dia mewafātkannya.” (Musnad Ahmad, no. 11768)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles