Khutbah RASŪLULLĀH صلى الله عليه وسلم Sebelum Tibanya ‘BULAN RAMADHĀN’.

《KHUTBAH RASŪLULLĀH صلى الله عليه وسلم SEBELUM TIBANYA BULAN RAMADHĀN》

Di dalam satu riwayat, ketika berada dipenghujung bulan Sya’bān, Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم telah berkhutbah kepada para shahābat رضوان الله عليهم اجمعين mengenai bulan keutamaan Ramadhān.

Maka, sebelum tibanya Ramadhān 1442H jom kita hayati khutbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersebut. Rasakan seolah-olah khutbah itu dibacakan Baginda صلى الله عليه وسلم kepada kita ……..

عَنْ سَلْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ فَقَالَ : أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ، شَهْرٌ مُبَارَكٌ، شَهْرٌ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ فَرِيضَةً، وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطَوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ، وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةُ، وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يَزْدَادُ فِيهِ رِزْقُ الْمُؤْمِنِ، مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ، وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْتَقِصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ. قَالُوا : لَيْسَ كُلُّنَا نَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ، فَقَالَ : يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ، أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ، أَوْ مَذْقَةِ لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ، وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ، وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهُمَا، فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ: فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا اللَّتَانِ لَا غِنًى بِكُمْ عَنْهمَا : فَتُسْأَلُونَ اللَّهَ الْجَنَّةَ، وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النَّارِ، وَمَنْ أَشْبَعَ فِيهِ صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى يَدْخُلَ الْجَنَّةَ

Daripada Sayyidinā Salmān رضي الله عنه beliau berkata: Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم telah betkhutbah kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’ban:

《Wahai para manusia, telah menyelubungi kalian, bulan yang agung, bulan yang dilimpahi keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan (yakni yang kita kenali sebagai lailatul qadr), Allāh Ta’āla jadikan puasa padanya (pada bulan Ramadhān) sebagai satu kewajiban, dan shalat malamnya (shalat tarawih) sebagai satu sunnah. Barangsiapa yang menghampirkan diri kepada Allāh Ta’āla (taqarrub) dengan amal yang baik (amalan sunat) maka baginya ganjaran seumpama melakukan ibadah yang fardhu. Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka (ganjarannya) seumpama mengerjakankan 70 amalan yang fardhu di bulan yang lain.

Dia (Ramadhān) ialah bulan kesabaran, dan ba’lasan sabar adalah syurga. Dialah bulan simpati terhadap satu sama lain, bulan yang ditambahkan (oleh Allāh Ta’āla) padanya rezeki orang-orang mukmin. Barangsiapa yang menjamu orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas do’sa-do’sanya dan pembe-basan dari ne-raka, dan ia mendapat pahala puasa seperti orang itu tanpa dikurangkan.

Maka berkatalah sebahagian dari mereka: Tidak semua dari kami mempunyai rezeki menjamu orang berbuka puasa. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: Allāh Ta’āla tetap memberikan pahala itu walaupun hanya dengan sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu.

Dialah bulan yang pada awalnya rahmat (kasih-sayang Allāh), dan pertengahannya pengampunan, dan akhirnya adalah pembe’basan dari ne-raka. Barangsiapa yang memberi keringanan pada budaknya (atau ham-banya, pembantunya) maka diampuni do’sa-do’sanya dan baginya pembe’basan dari ne-raka.

Maka perbanyaklah empat hal, yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allāh yang memilikinya).

Dua hal yang pertama adalah menyaksikan bahwa tiada Tuhan selain Allah (لا اله إلا الله), dan yang kedua adalah kalian beristighfar kepadaNya.

Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padanya dari ne-raka. Barangsiapa yang memberi minum untuk berbuka orang yang berpuasa di bulan itu maka Allāh Ta’āla akan memberinya minum dari telagaku hingga dia tidak akan rasa ha’us lagi hingga dia sampai ke syurga.》

(Hadits riwayat Ibn Khuzaimah didalam Shahīhnya; al-Baihaqi didalam Syu’abul Imān dan Fadhā`il al-Auqāt; Ibn Abi Dunya di dalam kitab Fadhā`il Syahr Ramadhan;Ibn Syahin di dalam kitab Fadhail Syahr Ramadhān, Ibn Hibbān; al-Hāfidz Ibn Hajar al-Asqalāni di dalam al-Mathalibul ‘Aliyah, kitab puasa, bab kelebihan bulan Ramadhān ).

اللهم أهِلَّ علينا رمضانَ بإحياءِ مشاعرِ الإيمانِ في القلوب حتى نصومَ إيماناً واحتساباً ونقومَ إيماناً واحتساباً وندركَ شرفاً وعِزّاً واقتراباً وأجراً وثواباً، ونتنقّى ونتنزّهَ ونتحرَّرَ ونتطهَّرَ ونصدقَ إذ نتوجَّه إليكَ يا مَن إليه وِجهتُنا وإليهِ مرجِعُنا وهو مالكُ نواصينا وبيدِه دُنيانا وآخرتُنا، لا إلهَ إلا أنت، اجعل رمضانَ فتحاً للقلوب وكشفاً للكروب ودفعاً للأوبئةِ والبلايا والخُطوب، يا حيُّ يا قيّوم يا مُقلّبَ القلوب والأبصار

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Abu Zahrah Abdullah Thohir

Related articles