Keutamaan Malam Nisfu Sya’bān, Amalan & Doa Di Baca Pada Malam Nisfu Sya’bān

Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.

KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA’BAN

Ibn Mājah meriwayatkan hadis Abū Mūsā daripada Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda
bersabda:

إن هللا ليطلــع ليــة النصــف مــن شــعبان،فيغفــر مجليــع خلقــه، إال ملــرك أو مشــاحن

“Sesungguhnya Allāh akan memerhatikan (sepertimana yang layak bagiNya) pada malam Niṣfu Sha‘bān (pertengahan Sha‘bān), lalu Dia mengampunkan kesemua makhluknya, melainkan orang mus-yrik dan orang yang bermu’suh.”

Imām Aḥmad meriwayatkan hadis ‘Abdullāh bin ‘Amrū, daripada Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda:

إن هللا ليطلــع إىل خلقــه ليــة النصــف مــن شـعبان فيغفـر لعبـاده إال اثنـن مشـاحن أو قاتـل نفـس

“Sesungguhnya Allāh akan memerhatikan makhlukNya pada malam Niṣfu Sha‘bān, lalu Diapun mengampunkan hamba-hambaNya, melainkan dua: orang yang bermu’suh, dan pembu-nuh.”

Hadis ini turut diriwayatkan oleh Ibn Ḥibbān di dalam Ṣaḥīḥnya (yakni Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), daripada hadis Mu‘ādh secara marfū‘ (yakni disandarkan kepada Nabī ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam).

Diriwayatkan juga, daripada hadis ‘Uthmān bin Abī al-‘Aṣ, secara marfū‘:

إذا اكن ليـة النصـف مـن شـعبان اندى منـاد: هــل مــن مســتغفر فأغفــر هل هــل مــن ســائل فأعطيـه فـا يسـأل أحـد شـيئا إال أعطيـه إالزانيـة بفرهجـا أو مـراك

“Pada malam Niṣfu Sha‘bān, akan ada seruan, “Adakah orang yang ingin memohon keampunan, maka nescaya Daku akan ampunkan? Adakah orang yang ingin meminta (hajat), maka nescaya Daku akan tunaikan? Tidak adalah seseorangpun yang meminta (hajatnya) melainkan Dia menunaikannya, kecuali orang yang berzi-na dengan kemalu-annya dan orang mus-yrik.”

Kelebihan malam Nisfu Sha’ban datang dengan hadith yang sahih. Majoriti ulama’ empat mazhab menyatakan sunat menghidupkan malam Nisfu Sha’ban dengan ibadah.

Al-Imam Al-Shāfi‘ī raḍiyAllāhu ‘anhu berkata, “Balaghanā (Telah sampai kepada kita akan riwayat) bahawa doa itu mustajāb pada lima malam: Malam Jumaat, (malam) dua hari raya, (malam) pertama bulan Rejab, dan (malam) Niṣfu Sha‘bān.” Beliau berkata juga, “Daku menilai Istiḥbāb (sunat) akan seluruh (amalan dan fadilat) apa yang dihikayatkan berkenaan malam-malam ini…”

Di dalam hadis, Nabi Muhammad SAW TIDAK MENETAPKAN MANA-MANA AMALAN SEBAGAI AMALAN KHUSUS untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban. Namun begitu, kita boleh mengambil peluang dengan kelebihan yang Allah SWT berikan pada malam tersebut untuk melakukan amal soleh sebanyaknya.

Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, seperti:

1. MENDIRIKAN SOLAT SUNAT MUTLAK

Pada malam Nisfu Sya’ban, kita dibolehkan mendirikan solat sunat mutlak. Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT. Ia tidak ditentukan waktunya dan tidak ada had jumlah rakaatnya.
Cara mengerjakan solat sunat mutlak ini adalah sama seperti solat biasa. Niatnya adalah seperti berikut:

أُصَلِّى صَلَاةَ السُّنَّةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. MEMPERBANYAKKAN DOA DAN MUNAJAT

Imam al-Syafie di dalam kitab al-Umm ada menyatakan tentang keistimewaan berdoa pada malam Nisfu Sya’ban:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidil Adha, malam hari raya Aidil Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”

Pada malam istimewa ini, ajaklah ahli keluarga untuk bersama mengambil peluang sebaiknya bagi memohon segala hajat yang diinginkan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

3. MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN MEMPERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang membaca al-Quran walau satu huruf akan diberikan ganjaran sepuluh kali ganda pahala. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang الم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi, bertaraf hasan)

4. MEMPERBANYAKKAN SAYYIDUL ISTIGHFAR KEPADA ALLAH.

Sayyidul istighfar merupakan penghulu kepada istighfar. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah dan pembuktian kehambaan kita sebagai seorang hamba yang lemah dan hi’na.

 اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya:  Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukān perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui do’saku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni do’sa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari]

5. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

6. MEMINTA DAN MEMBERI MAAF

Sepertimana Hadis Nabi SAW di atas, antara golongan yang tidak akan diampunkan Allah SWT adalah mereka yang bermu’suhan. Maka marilah sama-sama kita saling bermaafan, kerana sesungguhnya nilai keampunan Allah SWT jauh lebih tinggi daripada membesarkan ego dan emosi kita.

TAMBAHAN

Di antara amalan yang diamalkan oleh para ulamā` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu sya’bān:

(1) Baca surah yāsīn (يس) 3 kali di antara waktu maghrib dengan isya dengan niat:

  •  bacaan pertama – dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allāh Ta’āla.
  • bacaan kedua – dihindari atau dijauhkan dari ba’la`
  • dimurahkan rezeki

– niat² boleh ditambah dan dikembangkan lagi tidak terhad pada yang di atas shj. Boleh tambah, agar ma’ti husnul khātimah, dijauhkan dari wābak, dsb. Yang penting bacaan itu lillāhi ta’āla jua.

Selepas setiap bacaan maka dibaca doa sepertimana masyhur di baca.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.

Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau.

Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang keta-kutan.

Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, ha-puskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesem-pitan rezeki kami.

Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan.

Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) mengha-pus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”

Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malape-taka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.

Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.

Doa ini ma’thur dan masyhur.

Daripada Ibn Mas’ud berkata:

Tidaklah seseorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan akan diluaskan kehidupannya.”

(2) Baca zikir/tasbih Nabi Allāh Yūnus عليه السلام mengikut jumlah hurufnya mengikut hisāb Jummal iaitu 2,375x pada malam nisfu sya’bān, pada mana² waktu malam tersebut.

Tasbihnya:

لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Faedahnya: Mendapat keamanan dari segala ba’la mushi’bah dan kesusahan pada tahun tersebut.

(3.) Membaca zikir berikut, 100x setiap satunya:

  • لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (الأنبياء: 87)
  • رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (طه: 25 – 26)
  • نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ (الصف: 13)
  • لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (النجم: 58)

Kepada mereka yang ingin beramal dipersilakan, dan kepada yang tidak mahu maka tidak mengapa. Mudah-mudahan kita mendapat pengampunan, rahmat dan nadzrahNya pada malam nisfu sya’bān ini…. Marilah kita hidupkan malam nisfu sya’bān … InsyaAllah esoknya kita berpuasa.

Sebagai penutup, suka untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.

فَقُمْ لَيْلَةَ النِّصْفِ الشَّرِيفِ مُصَلِّيًا * * * فَأَشْرَفُ هَذَا الشَّهْرُ لَيْلَةُ نِصْفِهِ

Maksudnya: “Maka bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan mendirikan solat * Semulia-mulia bulan Sya’ban ini terletak pada malam pertengahannya.”

فَكَمْ مِنْ فَتَى قَدْ بَاتَ فِي النِّصْفِ آمِنًا * * * وَ قَدْ نُسِخَتْ فِيهِ صَحِيفَةُ حِتْفِهِ

Maksudnya : “Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman * Sedangkan telah ditulis tentang keburukan baginya dalam catatan.”

فَبَادِرْ بِفِعْلِ الْخَيْرِ قَبْلَ اِنْقِضَائِهِ * * *وَحَاذِرْ هُجُومَ الْمَوْتِ فِيهِ بِصَرْفِهِ

Maksudnya: “Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kema-tiannya * Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kema-tian padanya dengan kekuasaan-Nya.”

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Related articles