Keutamaan Malam 27 Rejab & Doa Di Baca Pada Malam Isra’ wa Mikraj

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahwa Bulan Rejab adalah bulan yang mulia, maka sebab itu apabila umat islam menyambut kedatangan Bulan Rejab hendaklah dengan penuh kegembiraan.

Bulan Rajab adalah bulan cucuran rahmat Allah Ta’ala kepada umat-Nya.

Bulan rajab adalah bulan permohonan ampun kepada Allah Ta’ala. Bulan rajab disebut “syahr al-istigfar”, maka perbanyaklah istigfar di bulan ini.

ADVERTISEMENT

Sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rajab artinya ‘mencurahkan,’ karena pada bulan rajab, Allah سبحانه و تعالى mencurahkan rahmat-Nya kepada umat-Nya. Setiap manusia mempunyai salah dan khilaf, maka perbanyaklah memohon ampun di bulan ini.

Peristiwa Isra’ Mikraj.

Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah diperjalankan oleh Allah سبحانه و تعالى dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul صلى الله عليه وسلم. Kemudian diangkatnya Baginda صلى الله عليه وسلم ke langit bertemu Allah سبحانه و تعالى, dan Allah سبحانه و تعالى telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda صلى الله عليه وسلم

Firman Allah سبحانه و تعالى di dalam Surah Al-Isra, Ayat 1 :

ADVERTISEMENT

سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ

Maksudnya : “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

ADVERTISEMENT

Doa Malam 27 Rejab

Sesiapa yang membaca doa ini pada malam 27 Rejab, maka akan diterima doanya, diangkat kedudukannya dan di hidupkan hatinya pada hari segala hati menjadi ma-ti. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِمُشَاهَدَةِ أَسْرَارِ الْمُحِبِّين ، وَبِالْخَلْوَةِ الَّتِي خَصَّصْتَ بِهَا سَيَّدَ الْمُرْسَلِيْنَ ، حِيْنَ أَسْرَيْتَ بِهِ لَيْلَةَ السَّابِعِ وَالْعِشْرِيْنَ،. أَنْ تَرْحَمَ قَلْبِي الْحَزِيْنَ وَتُجِيْبَ دَعْوَتِي يَاأَكْرَمَ الْأَكْرَمِيْنَ. 

Allahuma inni as aluka bimusyaa hadati asraa ril muhibbin, wabilkhalwatil lati khashasta biha saiyadal mursalin, hena asraita bihi lailatas saabi’i wal’iisyrin, an tarhama kalbil hazin watujibna da’wati ya akaramal akramin.

Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon kepadamu dengan bertawassul dengan penyaksian rahsia-rahsia para pencinta-Mu, dan dengan khalwat yang Engkau khususkan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم sewaktu Engkau jemput Baginda naik ke langit malam 27, maka rahmatilah hatiku yang gundah, dan kabulkanlah doaku ini, wahai Yang Maha Pemurah.”

(Rujuk kitab Da’u as-Sirāj fi Fadhl Rajab wa Qisshah al-Mi’raj (ضوء السراج في فضل رجب وقصة المعراج) yang ditulis Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Amin al Kurdi an Naqsyabandi رحمة الله عليه. Juga ada disebut oleh Al-‘Allāmah az-Zaki Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zein al-Fathoni رحمة الله عليه di dalam kitab beliau berjudul Bada-i’uz Zuhūr (بدائع الزهور).

Manuskrip tulisan al-‘Allāmah Syeikh Wan Ahmad.

*** (Nota) : Baca mereka yang hendak membaca doa seperti di atas sila lah baca, bagi mereka yang tak nak tidak mengapa dan janganlah mencerca

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber Doa : Abu Zahrah Abdullah Thohir

ADVERTISEMENT

Related articles