Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Malaysia pada 8 November 2022 (Selasa) – petang ini bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.
Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada Jumaat lalu yang turut menjelaskan bahawa bulan bakal berada pada kedudukan yang paling jauh dari bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923 kilometer (km).
Gerhana tersebut bermula pada jam 5.09 minit petang dan berakhir pada 8.49 malam. Walaubagaimanapun, gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur.
Bagi umat Islam digalakkan mengerjakan solat sunat Khusuf ( gerhana bulan).
UMAT ISLAM DIGALAKKAN MENGERJAKAN SOLAT SUNAT KHUSUF (GERHANA BULAN)
Dalam pada itu, umat Islam digalakkan untuk menunaikan tuntutan sunat muakkad solat gerhana bulan yang boleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah bagi menghidupkan sunnah.
KAIFIYYAT SOLAT SUNAT KHUSUF (GERHANA BULAN)
Solat gerhana disebut di dalam Bahasa Arab dengan khusuf bagi bulan dan kusuf bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Lafaz Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)
ataupun
“Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA
- Niat solat Gerhana, Takbir
- Baca Surah Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- I’tidal
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Rukuk
- I’tidal
- Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
RAKAAT KEDUA
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk
- I’tidal
- Baca Al-Fatihah dan surah.
- Rukuk
- ‘tidal
- Sujud
- Tahiyyat Akhir & Salam
Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat jumaat.
Disunatkan membaca khutbah selepas sunat gerhana.
AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA
- Melihat kejadian gerhana
- Mandi
- Melaksanakan solat sunat gerhana dan dua (2) khutbah
- Memperbanyakkan doa kepada Allah
- Bertakbir
- Beristighfar
- Berzikir
- Bersedekah
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Viral Malaysiaku