Kesalahan Wudhu Wanita Yang Selalu Diabaikan. Tidak Sah Jika Wuduk Tidak Betul

Kesīlapan yang kerap dilakukan dan diabaīkan oleh kaum wanita ketika mengambil air wudhu. Ini merupakan satu perkara yang penting kerana ia melibatkan sahnya sesuatu solat yang didirikan/dilakukan. Apabila tidak sah wudhu’ secara langsungnya tidak sah lah solatnya.

Di dalam Kitab Safinatun Najah dinyatakana bahawa terdapat 6 rukun wudhu

فُرُوْضُ الْوُضُوْءِ سِتَّةٌ: الأَوَّلُ: النِّيَّةُ. الثَّانِيْ:غَسْلُ الْوَجْهِ. الثَّالِثُ: غَسْلُ الْيَدَيْنِ مَعَ الْمِدَيْنِ مَعَ الْمِرْفَقَيْنِ. الرَّابعُ: مَسْحُ شَيْءٍ مِنَ الرَّأْسِ. الْخَامِسُ: غَسْلُ الرِّجْلَيْنِ مَعَ الْكَعْبَيْنِ. السَّادِسُ: التَّرْتِيْبُ.

ADVERTISEMENT

Fasal: Fardhu (rukun) wudhu ada 6, yaitu: [1] niat, [2] membasuh wajah/muka, [3] membasuh dua tangan hingga siku, [4] mengusap sebahagian kepala, [5] membasuh dua kaki hingga mata-kaki, dan [6] tertib (berurutan).

Maka diantara anggota yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhu adalah muka iaitu termasuk benda/perkara yang tumbuh dalam kawasan muka.

Berikut adalah perkongsian Ustaz Muhaizad Mohamed berkenaan kesīlapan yang sering diabaīkan oleh kaum wanita ketika mengambil wudhu.

ADVERTISEMENT

Sideburn (الأهداب) wajib dibasuh kerana ia tumbuh dalam kawasan muka (iaitu antara 2 telinga). Jika sideburn diselitkan dibelakang telinga maka ia tidak terkena air, maka tidak sah wudhu tersebut.

Maka ketika hendak mengambil wudhu jangan diselitkan sideburn dibelakang telinga. Keluarkan sedikit bahagian rambut sideburn itu untuk dibasuh kerana ia tumbūh dalam kawasan wajib ketika mengambil wudhu. Jika rambut itu lebat basuh bahagian luar sahaja dan jika jarāng rambut tersebut maka perlu ratakan air dibahagian tersebut. Wajib buat demikian, jika tidak sah air wudhu maka tidak sah solat ujar Ustaz Muhaizad Mohamed.

ADVERTISEMENT

Selain itu, Ustaz Muhaizad juga menjelaskan sunat melebihkan basuhan anggota wudhu.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

إنَّ أمتي يُدْعَون يومَ القيَامةِ غُرُّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثارِ الْوُضُوءِ، فَمن استطَاَعَ مِنْكُمْ أن يُطِيلَ غرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ

“Sesungguhnya umatku akan dihadirkan pada hari kīamat dalam keadaan putih bercahaya disebabkan bekas wudhu, barangsiapa di antara kalian boleh memperpanjang cahayanya hendaklah ia lakukan.” (Muttafaq ‘Alaih)

Sesungguhnya anggota wudhu’ –wajah, kedua tangan dan kedua kaki- akan bercahaya di hari kīamat. Dengan sebab itu, umat Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan dimuliakan. Juga dengan sebab itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan mengenali mereka dan menjamu mereka di telaga al-Kautsar. Siapa yang ingin memanjangkan cahayanya silahkan ia lebihkan basuhan pada anggota wudhu’.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles