Kerabu Bunga Kantan, Hidangan Penambah Selera Yang Sedap, Simple & Tidak Renyah!

Kerabu bunga kantan antara hidangan membuka selera yang jarang kita jumpa di jual di kedai makan.

Hidangan ini sangat ringkas namun ia dapat membangkitkan selera pemakanya. Nak menyediakan juga sangat mudah dan tidak renyah.

Jika anda belum pernah makan disarankan untuk anda mencubanya. Pasti anda akan jatuh cinta dengan hidangan ini sama seperti Zara Anna yang berkongsi resepi menyediakan kerabu bunga kantan ini.

Mari ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

BACA JUGA: Bunga Kantan Beli 6 Bulan Masih Elok. Begini Cara Simpan Agar Tahan Lama, Tak Kecut Dan Tak Hitam Berbirat Hitam

RESEPI KERABU BUNGA KANTAN

Alhamdulillah, berbunga lagi si tulip ni. First time buat terus jatuh cinta. Simple dan sedapp.

Kerabu Bunga Kantan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kuntum bunga kantan
  • 2 biji limau kasturi
  • Kacang panjang
  • Lada cili
  • Bawang besar
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Ajinamoto

CARA-CARA:

1. Cuci bersih bunga kantan, limau kasturi, kacang panjang, lada hitam, bawang besar dan ikan bilis.

2. Hiris halus bunga kantan, kacang panjang, cili dan bawang besar. Satukan semua bahan hiris di dalam mangkuk dan ketepikan seketika.

3. Letakkan serbuk perasa, garam, gula dan ajinamoto ke dalam mangkuk yang berisi bahan hiris tadi.

4. Kemudian, perahkan limau kasturi dan gaul rata.

5. Taburkan ikan bilis yang sudah digoreng rangup. Boleh juga digaul rata.

6. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Sumber/Foto: Zara Anna

Related articles