Kepada Yang Penat Mendidik Anak-Anaknya, Bacalah Doa Ini

Setiap ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Namun, mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Tambahan pula zaman digital ini. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab.

Sebagai ibu bapa kita sudah berusaha sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang baik, yang soleh, insan yang berguna dan paling penting hambaNya yang bertaqwa. Namun terkadang ibu bapa diuji dengan anak-anak ini.

Maka kepada ibu bapa yang diuji dengan anak-anak, ini yang boleh anda lakukan

ARTIKEL BERKAITAN : ‘InsyaAllah Anak-Anak Akan Taat’ – Doa Ketika Memandang Wajah Anak-Anak

KEPADA YANG PENAT MENDIDIK ANAK-ANAKNYA

Fudayl Ibn Ayadh رحمه الله  telah letih dan susah hati kerana tidak mampu mendidik anaknya Ali yang nakal dan tidak berdisplin.

Lalu Imam Al-Fudayl berdoa:

(Ya Allah, aku telah berusaha keras untuk mendidik Ali, tetapi aku tidak mampu untuk didik dia, maka Engkau didikanlah dia untukku.)

Lalu Allah سبحانه و تعالى‎  mendidik Ali kerena doa ayahnya.

Imam Al-Dzahabi رحمه الله  berkata mengenai Ali Bin Al-Fudayl رحمه الله  :

Ali ibn al-Fudayl adalah salah seorang wali yang besar, taat kepada Tuhan, rendah hati, dan mempunyai keagungan ilahi yang besar.
Itu lah hakikat doa ibu/bapa.

Jom kita hafal doa itu dan bersama-sama mendoakan untk anak-anak kita.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku

Related articles