Kepada Wanita Semua Sebelum Tidur Baca Zikir Ini Jika Nak Jadi Ibu Yang Ceria Semangat Kuat Posotif Dan Bahagia

‘.. Khusus kepada para ibu sekalian dan mereka yang bergelar isteri.  Jika nak jadi ceria, ibu yang bersemangat, ibu yang sihat, ibu yang kuat, ibu yang positif, ibu yang sentiasa bahagia sebelum tidur amalkan zikir Fatimah..’  ujar Ustazah Asma di dalam satu kuliahnya

 

Bila kita dah biasa buat kumpul macam tu, budak-budak, anak-anak akan seronok jumpa. Sebelum tidur buat beramai-ramai, baca 3 qul, baca ayat Kursi. Baca zikir tadi.. sekejap je, dalam 5 minit siap. Lepas tu salam, minta maaf seisi keluarga. Suami isteri saling minta maaf, ibu dan anak minta maaf. Salam, peluk, ci’um dahi kemudian tidur.

ADVERTISEMENT

Siapa yang bersiap sedia, cantik malam ni setiap malam sebelum tidur, dia juga akan bersiap sedia bila saat di nak ma’ti, sebab apa? sebab tidur ini adalah ma’ti sementara sebelum kita jumpa ma’ti yang sebenar.

Jadi, orang yang ada sikap.. bila nak tidur dia mesti clear . Ambil wuduk dan sebagainya. Dia buat persiapan untuk tidur yang sementara (ma’ti yang sementara). InsyaAllah bila saat ma’ti yang sebenar, dia juga akan buat persiapan.

Kan kita ada jumpa bila orang yang nak ma’ti dia macam tahu dia nak ma’ti. Dia dah siap minta maaf dengan semua orang. Lepas tu dia siap bayar hutang, dia dah siap bagi wasiat. Tak lama dia ma’ti. Orang kata..

ADVERTISEMENT

“Ya Allah, dia macam tahu je dia nak ma’ti..”

Dia dah buat persiapan, dia dah bereskan semua. Ini orang yang ada apa? Setiap malam sebelum tidur dia buat persiapan. Jadi, InsyaAllah, jika kita buat macam tu walaupun 5 minit. Berkumpul sekejap.. Rahmat Allah turun, penya’kit dalam rumah kita keluar, bahkan InsyaAllah bina’tang berbi’sa, kalau ada si’hir, gang’guan jin dan ib’lis dan sebagainya.. semua akan keluar.

ADVERTISEMENT

Ayuh kita baca perkongsian seorang ibu ini yang berkongsi pengalaman mengamalkan zikir Fatimah.

Assalamualaikum semua.

Saya ibu anak 2. Saya suri rumah berkerjaya. WAHM. Means Working at Home Mother.

Disini, saya nak kongsi pengalaman mengamalkan zikir Fatimah. Pernah dengar?

Bukan lagu A.Ramlee, Oh Fatimah..lalala

Kisahnya begini. Pada zaman dahulu…

Satu hari, puteri Rasulullah صلى الله عليه iaitu Saidatina Fatimah mengadu pada suaminya, Saidina Ali mengenai tangannya sakit dan keleti’han dalam menguruskan hal rumah tangga.Fatimah cuba meminta pembantu/ham’ba untuk memudahkan urusan hariannya.

Apa yang Rasulullah صلى الله عليه anjurkan?

“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (Hadis Riwayat. Muslim, no: 4906)

Ajaib!

Cuba amalkan ini pula. Allahu Akbar. Memang urusan harian dan rumah tangga kita akan terasa mudah dan dapat melalui hari dengan tenang.

Apa lagi yang saya perolehi?

Sejak bersalin sehingga sekarang, saya berkesempatan membesarkan anak sendiri. Pernah juga mengalami teka’nan. Ibu suri rumah atau bekerjaya mesti pernah mengalami? Terasa su’kar untuk hadapi hal rumahtangga

Tapi. Dengan amalan Nabi صلى الله عليه ini, semuanya jadi mudah. Percayalah

Walaupun anak kecil saya masih melakukan aktiviti mereka seperti biasa, makan dengan tumpah, menyepahkan permainan, perebutan mainan dan macam-macam lagi, urusan harian semua dapat dilakukan dengan baik sekali.

Bangun pagi, sempat mengaji, kemas rumah, jemur baju, masak, rehat, makan dan main bersama anak, buat kuih untuk minum petang. Sempat juga hadir ke kelas agama bersama anak-anak.

Untuk urusan pekerjaan, sempat juga saya mencu’ri masa ketika anak sibuk bermain dan tidur.

Alhamdulillah

Cubalah. Amalkan amalan ini sebelum tidur malam. Tutup hp lebih awal dari biasa. Baca Al-mulk, doa tidur, 3 qul. Tambah zikir Fatimah.

33 Subḥānallāh ( سُـبْـحَـانَ ٱلله )
33 Al-Ḥamdu lillāh  ( ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ‎ )
34 Allāhu ʾakbar ( اللّٰهُ أَكْبَر )

Insha Allah keesokan hari urusan harian kita sangat mudah dan kita dapat rasa kelainan tanpa memerlukan pembantu.

Moga bermanfaat.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video/Sumber : Ustazah Asma Fans & Luahan.my

ADVERTISEMENT

Related articles