Kenapa Kalau Tersalah Makan Sebab Terlupa Dikira Tidak Batal Puasa Tapi Kalau Tersalah Masa Nak Berbuka Dikira Batal?

SOALAN

Ustaz mohon maāf banyak-banyak. Bukankah kalau tersalāh makan ketika berpuasā tak batāl puasā?
Jadi kenapa yang tersalāh makan pada penghujung siang hari ni batāl puasānya?

Mohon pencerahan. Terima kasih banyak-banyak ustaz.

JAWAPAN

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

“Barangsiapa yang lupa sedangkan dia sedang berpuasā lalu dia makan dan minum maka hendaklah dia sempurnakan puasānya, sesungguhnya Allah telah memberi makan dan minum kepadanya.” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

PENJELASAN

1. Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa seorang yang sedang berpuasā tiba-tiba dia makan dan minum sedangkan dia lupa bahawa dia sedang berpuasā maka puasānya TIDAK BATAL.

2. Jadi ia berbeza dengan seorang yang makan dan minum pada penghujung siang hari itu. Ketika dia makan dan minum dia sedar dia sedang berpuasā ( dia tidak lupa dia sedang berpuasā ) tetapi kesilapānnya adalah dalam menentukan waktu berbuka. Pada sangkaannya waktu berbuka telah masuk namun pada hākikatnya belum lagi masuk maka sebab itulah BATAL PUASANYA.

Didalam kitab المغني لابن قدامة 3/147 menyebut :

وَلَنَا أَنَّهُ أَكَلَ مُخْتَارًا، ذَاكِرًا لِلصَّوْمِ، فَأَفْطَرَ

” Hujah kami ialah dia telah makan dengan pilihannya ( tanpa ada paksaān ) serta dia ingat puasānya itu maka sebab itulah batāl puasānya.”

3. Maka dari penjelasan diatas dapat kita faham wujudnya perbezaan antara dua permasalahan yang disebutkan diatas.

Permasalahan Pertama : ialah dia lupa bahawa dia sedang berpuasā maka perbuatan makan dan minum ketika itu tidak membatālkan puasā.

Manakala Permasalahan Kedua pula : ialah dia tidak lupa dia sedang berpuasā maka perbuatan makan dan minum ketika itu ia membatalkan puasā.

والله أعلم بالصواب
Abu Usamah Mohd Hanapiah Bin Haji Hussin
Mudir Markaz ad-Dirasat al-Islamiah, Kemasik

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber/gambar : أبو أسامة محمد حنفية / Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles