Tempe antara makanan yang tidak asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun bukan semua orang yang menggemari manakan Jawa ini. Ada yang suka dan ada juga yang kurang menggemarinya. Pelbagai cara masakan yang boleh kita buat antaranya adalah tempe goreng, sambal goreng jawa, lontong dan sebagainya.
Menggoreng tempe sangatlah mudah. Namun di sana ada petua yang boleh anda praktikan untuk dapatkan tempe goreng yang garing di luar dan lembut di dalam. Dimakan pula bersama sambal kicap. Memang sedap
Petua perkongisan oleh Lovlyna NQ boleh anda ikuti untuk dapatkan tempe goreng yang garing diluar lembut di dalam. Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi!
PETUA TEMPE JADI GARING DI LUAR & LEMBUT DI DALAM
Siapa peminat tempe, Tips.. GORENG TEMPE DALAM LEMBUT. Kalau tempe nak sedap. Goreng taknak keras
Siapa peminat tempe. Tips Goreng Tempe Dalam Lembut. Kalau tempe nak sedap. Goreng taknak keras…
CARA-CARANYA :
1. Rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia. (rendam 30 minit atau 1 jam boleh je)
2. Nanti goreng macam biasa. Tapi dalam dia lembut. Sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
3. Siap
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Lovlyna NQ Via MyResipi
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku