Kemanisan Ibadah Dalam Tiga Keadaan. Beruntunglah Bagi Sesiapa Yang Dapat Merasakan Salah Satu Daripadanya

ANTARA tanda-tanda seseorang mendapat kemanisan iman ialah apabila dia sangat senang dan cinta untuk melaksanakan ibadah kepada Allah سبحانه و تعالى‎

Melalui kemanisan iman, seseorang akan mempunyai sifat istiqamah dalam dirinya untuk kekal melakukan amalan ibadah serta sentiasa menunggu-nunggu dan rindu untuk melakukan ibadah seperti solat, puasa, membaca al-Quran, berzikir serta menjauhi perbuatan māksīat.

Sebagai Muslim, kita amat beruntung jika dapat menyedari berkurangnya kemanisan dalam beribadah supaya ia menjadi hikmah untuk kita bermuhasabah dan mencari jalan untuk memperbaiki hubungān dengan Allah سبحانه و تعالى‎

ADVERTISEMENT

CARILAH KEMANISAN MELAKUKAN IBADAH DI DALAM TIGA KEADAAN

Yang pertama, membaca al-Quran.
Yang kedua, solat 5 waktu.
Dan yang ketiga bersedekah.

Sekiranya kamu dapat merasakan kemanisan beribadah melalui salah satu daripada itu, maka ketahuilah kamu masih mempunyai hati yang hidup.

Sekiranya kamu tidak berjumpa dengan kemanisan beribadah di dalam ketiga-tiga ibadat itu, maka ketahuilah hati kamu telah pun mātī. Pohonlah kepada Allah سبحانه و تعالى hati yang baru. (Al-Imam Hasan Al-Basri)

والله أعلم بالصواب

ADVERTISEMENT

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

ADVERTISEMENT

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles