Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Minum petang hari ni ialah keledek goreng rangup. Memang jadi rangup macam orang jual goreng pisang tu. Cicah pulak sambal kicap.

Memang sedap. So saya share kat sini. Kot ada yang nak cuba. Sharing is caring.

BACA JUGA : Bekas Peniaga Kongsi Resepi Pisang Goreng Crunchy & Tak Berminyak. Customer Tak Putus Beli

KELEDEK GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN :

  • Ubi keledek

BAHAN BANCUHAN :

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Planta
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Air suam

CARA-CARA :

  1. Potong ubi keledek secara memanjang dan cuci sehingga bersih.
    keledek goreng rangup
  2. Untuk salutan tepungnya pula, satukan semua bahan-bahan bancuhan tepung. Boleh tambahkan juga gula jika suka.
    keledek goreng rangup
  3. Pastikan bancuhan tidak cair dan tidak terlalu pekat. Kemudian masukkan ubi keledek yang sudah dipotong tadi.
  4. Gaul rata sehingga ubi keledek bersalut rata dengan bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  5. Bila ubi dah masak dan garing elok, toskan dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap!
    keledek goreng rangup

Sumber/Foto: Aiza Shereen

Related articles