Kelebihan Ayat Terakhir Surah At-Taubah Dan Cara Mengamalkannya

AJARKAN KEPADA AHLI KELUARGA DAN KENALAN

Jadikanlah petikan ayat suci Al-Quran dari akhir Surah At-Taubah seperti yang dinukilkan di bawah sebagai zikir harian ; sebanyak 7 kali , pada waktu pagi dan petang , di samping taqwa , melakukan segala perkara yang fardhu dan menīnggalkan segala perkara yang hārām . Moga Allah سبحانه و تعالى‎ membantu segala urusan kita di dunia dan akhīrāt seperti mana yang telah disebutkan di dalam hadith .

حَسۡبِيَ ٱللهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

Maksudnya : “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) , tiada Tuhan (yang berhak disēmbāh) melainkan Dia ; kepada-Nya aku berserāh diri , dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar .”

UCAPKAN 7 KALI PAWA WAKTU PAGI DAN PETANG

Abu Daud telah meriwayatkan dari Yazid ibnu Muhammad ibnu Abdur Razza ibnu Umar (salah seorang yang siqah lagi ahli ibadah), dari Mudrik ibnu Sa’d yang mengatakan bahwa Yazid seorang syekh yang siqah telah meriwayatkan dari Yunus ibnu Maisarah.

Daripad Ummu Darda, dari Abu Darda رضي الله عنه yang mengatakan,

“Barang siapa yang mengucap­kan kalimat berikut di saat pagi dan petang hari sebanyak tujuh kali, nescaya Allah سبحانه و تعالى‎ akan memberinya kecukupan dari apa yang menyūsāhkan­nya, (memeliharanya daripada segala kebīmbāngan dunia dan akhīrāt)” iaitu:

‎حَسۡبِيَ ٱللهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

Related articles