Kelebihan ’10 Muharam’, Menghapuskan Dosa Setahun Yang Sebelumnya

Pada awal tahun (hijri) ini, Allah سبحانه و تعالى memberi anugerah keampunān selama setahun akan dōsa yang lalu bagi mereka yang berpuasa pada hari Asyura

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Nabi صلى الله عليه وسلم ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura (10 Muharam)?

Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab : Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapūskan dōsā-dōsā setahun sebelumnya. (Riwayat Ibn Majah no.1738)

Juga dianjurkan berpuasa pada 9 Muharam (hari Tasu’a) bagi menyelisihi puasa orang Yāhūdī:

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

“Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharam). – Hadis Riwayat Muslim (1134)

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling afdal selepas (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah (Muharām). Sementara solat yang paling afdal selepas solat wajib adalah solat malam.” – (Hadis Riwayat Muslim no. 1163)

TIGA TINGKATAN PUASA

Al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani رحمه الله تعالى berkata:

فصيام عاشوراء على ثلاث مراتب ادناها أن يصام وحده وفوقه أن يصام التاسع معه وفوقه أن يصام التاسع والحادى عشر والله أعلم

“Cara berpuasa Asyura terbahagi kepada tiga tingkatan. Tingkatan paling rendah: puasa hari kesepuluh sahaja. Tingkatan lebih tinggi: puasa hari ke-9 dan ke-10. Dan lebih tinggi lagi: puasa hari ke-9, ke-10, dan ke-11. Wallahu a’lam.” (Fath al-Bari 4/246)

Kesimpulannya terdapat TIGA pilihan untuk berpuasa;

  1.  Berpuasa pada 9, 10 & 11 Muharram.
  2. Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
  3. Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

9 Muharam 1444H = Ahad, 7 Ogos 2022
10 Muharam 1444H = Isnin, 8 Ogos 2022
11 Muharam 1444H = Selasa, 9 Ogos 2022

NIAT PUASA MUHARRAM TASU’A DAN ‘ASYURA

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di  @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles