Kek Pisang Moist Opah Ni Memang Sedap & Gebu. Guna Blend Je!

Bagi mereka yang menggemari kek pisang anda kena cuba resepi kek pisang moist perkongisan opah Mas Cotek ini.

Resepi ini sangat ringkas, bahan hanya perlu diayak dan di blend sahaja. Namun testuknya gebu dan rasa yang tidak muak pasti dapat memikat hati anda!

kek pisang moist

BACA JUGA : Cara Buat Kek Chiffon Pandan Guna Sukatan Cawan. Lembut & Gebu Macam Kapas!

KEK PISANG MOIST (OLEH MAS COTEK)

kek pisang moist

BAHAN A (DI AYAK)

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat

BAHAN B (DI BLEND SEBATI)

  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cwn minyak
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn gula perang
  • 3 biji telur A

CARANYA

  1. Dalam bekas besar satukan bahan blend dan bahan yang diayak tadi
  2. Kaup balikkan sehingga sebati
  3. Tuang ke dalam loyang saiz 8×8 dan bakar selama 1jam suhu 170c. Ikut kesesuaian oven masing-masing (oven opah 150c). Jika kukus, kukus selamat 45min
  4. Sejukkan dan siap untuk dihidangkan

kek pisang moist

kek pisang moist

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Mas Cotek

Related articles