Keistimewaan Hari Jumaat & 4 Amalan Yang Sangat Istimewa Di Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia di sisi umat Islam. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan yang ada padanya.

KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT & 4 AMALAN ISTIMEWA

Didalam satu petikan kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Ali Jabir dimana Syeikh menyebut ada 4 amalan yang menjadi sangat istimewa di hari Jumaat.

Berkata Syeikh,” Saya mengingatkan bapa dan ibu 4 amalan, Ini hari Jumaat. 4 amalan yang sangat istimewa di hari Jumaat..”

Apakah 4 amalan yang istimewa itu? Mari kita ikuti perkongsian ilmu ini.

AMALAN PERTAMA :

Amalan yang pertama adalah BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH صلى الله عليه وسلم  kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpesan kepada kita,

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Jadi ini hari Jumaat, jadi kita boleh tinggalkan seluruh zikir hanya fokus kepada Selawat kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم . Tidak salah, kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم memang minta kita untuk kita berselawat di hari Jumaat.

Jadi pesan syeikh beliau memohon sepanjang hari, di dalam perjalanan, dimana pun kita berada.. berselawatlah kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Nak baca ‘Sayyiduna’ boleh, Nak baca tanpa ‘Sayyiduna’ pun boleh.. Nak baca lafaz selawatnya panjang boleh, nak baca yang pen(dek) pun boleh. Intinya berselawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

AMALAN KEDUA :

Yang kedua pesan Syeikh, jangan lupa membaca Surah Al-Khafi.

Surah Al-Kahfi ada 110 ayat. Jika mereka yang sentiasa melazimi al-quran sudah terbiasa membaca sekali gus. Yang belum biasa mesti merasa kebera(tan)..

Ihhh pan(jang) juga ya…

Tapi begini sahaja, boleh dibagi. Maksud baginya apa?

Misalnya dibaca 1 halaman dahulu, sebelum solat jumaat baca 2 halaman, selepas solat Jumaat baca 2 halaman, Begitu selepas solat Asar selesaikan baki surah al-Kahfi yang belum dibaca.

Jadi membaca surah al-Khafi tidak harus dibaca sekaligus sampai habis. Boleh dibagi-bagi. Jadi mohon maaf bapak ibu, jangan lupa membaca surah al-Kahfi.

AMALAN KETIGA :

Amalan ketiga adalah DOA 

Para pembaca ketahuilah ada 1 jam dihari Jumaat, barang siapa yang berdoa di 1 jam itu doanya tidak akan ditolak

Doanya tidak akan ditolak, perbanyakkan berdoa dalam 1 jam sebelum masuk waktu maghrib.

Waktu ini disebut Sā’at al-Ijābah iaitu waktu doa mustajab, cuma dirahsiakan waktunya dan tidak disebut dengan benar-benar jelas oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Dalam kitab tentang hadis-hadis kelebihan Hari Jumaat, Imam as-Suyūtī rahima-hullāh ada menyenaraikan sejumlah sekitar 30 pendapat ulama tentang bilakah waktu tersebut kerana Ulama berselisih pendapat dalam menentukan waktu tersebut. Antara pendapat paling ku-at ialah waktu selepas Asar hari Jumaat. Waktu ini digelar waktu Fatimiyyah kerana Sayyidatina Fatimah radiyaLlahu’anha berpegang waktu itulah doa dimakbulkan dan beliau mengkhususkan waktu tersebut untuk berdoa.

Huraian lengkap boleh baca disini >> Rebutlah ‘Sā’at al-Ijābah’ Pada Hari Jumaat. Ayuh Menadah Tangan Berdoa.

AMALAN KEEMPAT :

Sedekah Subuh

Kenapa saya berkata sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah diwaktu yang lain. Semua sedekah boleh (digalakkan) disetiap waktu dan setiap saat. Hari Jumaat mau pun selain hari Jumaat.

Namun, sedekah subuh itu termasuk sedekah yang terbaik. Kenapa? Bukan kata saya, akan tetapi kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Setiap waktu subuh Allah سبحانه و تعالى turunkan malaikat, tugaskan mendoakan orang yang bersedekah disubuh hari.

“Tidak ada satu Subuh pun yang dilalui hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua Malaikat. Satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”. (Riwayat Bukhari)

Ibu-Ibu (wanita-wanita) yang berhalangan solat tidak boleh solat sebelum melakukan aktiviti isi sedekah subuh.

Anda tidak perlu susah-susah mencari anak ya(tim) dan orang mis(kin) di subuh hari .

Mulai hari ini masing-masing sediakan kotak amal atau botol, atau tabung.. simpan dirumah. Setiap selesai solat subuh sebelum memulakan aktiviti . Isi sedekah ini. Apa lagi sedekah itu disertai dengan doa. 

Begitu (setelah) anda bersedahkah sebutkan hajatmu..

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber/Video : Pondok Ledang

Related articles