Kehidupan Kita Tak Ubah Seperti ‘Sifir 7’ Yang Akan Berhenti Di Angka ‘9’.

Kita, kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di angka ke 9. Kenapa? Jom renungkan.

 7 x 1 = 7

Ketika umur di sifir 7×1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal do’sa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.

7 x 2 = 14

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberon-tak dan sedikit ke-ras kepala. Kita menjadi de-gil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3 = 21

ADVERTISEMENT

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasa pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menye-sal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cem-buru. Alangkah ru-ginya kita memper-siakan hidup sebelum ini.

7 x 4 = 28

Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.

7 x 5 = 35

Tahap penting untuk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

7 x 6 = 42

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita berlumba mengumpul harta.

7 x 7 = 49

ADVERTISEMENT

Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini da-rah tinggi, ken-cing manis, sa’kit jan-tung dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

7 x 8 = 56

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita terasa kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

7 x 9 = 63

ADVERTISEMENT

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Ku-bur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad – صلى الله عليه وسلم – . Banyak yang berakhir di usia ini. Jika ada pun yang sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.

Daripada Abu Hurairah – رضي الله عنه -, bahawa Nabi – صلى الله عليه وسلم – bersabda:

أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

Maksudnya: “Umur-umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi (3550)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita memper-siakan hidup dengan perkara yang merugikan dan mela-laikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang mela-laikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Ingat!! Berapa ramai pula yang tak lepas sifir 7. Ada yang berhenti di angka 1, ramai juga yang umurnya hanya diangka ke 3.

????Hidup ini hanya sementara sahabat²ku. Kejarlah ak-hirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunia lah kita akan ke akhirat.

????Umur yang kita dapat hari ini adalah anugerah dari Allah.

????Hargailah dengan banyak mengingati Allah. Kumpulkan bekalan yang akan kita bawa ‘ke sana’. Walau di angka mana pun kita sekarang, jangan tangguh kerana mati itu rahsia, tidak akan cepat atau lewat walau sesaat .

“Jika kau tidak mengisi kehidupanmu dengan solat, Maka kema-tianmu lah yang akan mengisinya dengan cara disolatkan.”

هدايت كادابن

Wallahua’lam..

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

ADVERTISEMENT

Related articles