Keagungan Ramadan : Kisah Mimpi Talhah bin ‘Ubaydillah Dengan 2 Orang Lelaki

Mendapati Ramadan adalah nikmat besar daripada Allah سبحانه و تعالى. Gunakan sebaik-baiknya untuk meraih darjat yang lebih tinggi di Syurga dengan menjaga kesucian puasa dan memperbanyak solat su’nat.

Talhah bin ‘Ubaydillah رضي الله عنه bercerita: Terdapat dua orang laki-laki yang datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم dan masuk Islam. Salah seorangnya lebih rajin daripada yang lain. Orang yang lebih rajin ini pergi berji’had lalu sya’hid di me’dan pe’rang. Sedangkan, rakannya terus hidup hingga me’ninggal du’nia satu tahun kemudian.

Suatu malam, Talhah bermimpi berada di pintu syurga bersama kedua-dua orang tersebut. Seorang malaikat keluar dari Syurga, lalu mempersilakan orang me’ninggal lebih lewat untuk masuk ke syurga. Tidak lama kemudian, malaikat itu keluar lagi dan mempersilakan masuk bagi orang yang ma’ti terlebih dahulu. Malaikat turut berkata kepada Talhah:

“Pulanglah, masamu belum tiba.”

Pada pagi harinya, Talhah menceritakan mimpi ini kepada para sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم. Mereka berasa hairan dengan mimpi ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu bersabda: “Apa yang kamu hairankan?”

Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, orang yang lebih rajin itu ma’ti sya’hid dan me’ninggal lebih dahulu, akan tetapi mengapa rakannya yang lebih dahulu masuk syurga?”

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukankah orang itu hidup satu tahun selepasnya?”
Mereka menjawab: “Benar, wahai Rasulullah.”

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukankah ia mendapatkan Ramadan dan berpuasa padanya?”
Mereka menjawab: “Benar, wahai Rasulullah?”

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukankah ia melakukan banyak solat sepanjang satu tahun itu?”
Mereka menjawab: “Benar, wahai Rasulullah.”

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesungguhnya, dar’jat antara kedua-dua orang ini adalah sepertimana langit dan bumi.” (Ahmad dan Ibn Majah).

PERBANYAKKAN MELAKUKAN SOLAT DI MALAM-MALAM RAMADHAN

Pada malam-malam Ramadan ini, perbanyaklah melakukan solat. Semakin banyak bilangan rakaat yang kita lakukan, semakin besar peluang kita membersihkan diri daripada do’sa. Hal itu kerana setiapkali kita menunduk rukuk dan turun, do’sa-dos’a kita ikut bergu’guran.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr رضي الله عنه : Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

إن العبد إذا قام يصلي أتي بذنوبه فوضعت على رأسه أو عاتقه فكلما ركع أو سجد تساقطت عنه

“Sesungguhnya seorang hamba apabila berdiri melakukan solat, semua do’sanya diletakkan di atas kepala atau bahunya. Setiapkali dia rukuk atau sujud, do’sa-do’sa itu bergu’guran.” (Ibn Hibban)

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Dr. Umar Mohammad Nor 

Related articles