Kaya Pandan Homemade Ala Boat Noodle. Mudah Sangat, Masuk Semua Bahan Masak Sampai Berkilat. Siap!

Jika kita pergi ke restoran-restoran kopitam atau Boat Noodle misalnya antara menunya adalah roti kukus kaya pandan yang enak dan sedap. Keunikannya terletak pada kaya pandan yang dihasilkan. Rasanya tidak sama dengan kaya yang kita biasa beli di kedai-kedai runcit.

Kaya pandan ala restoren terkenal ini ada boleh buat sendiri dirumah. Sekali buat boleh makan bersama keluarga. Resepi perkongsian Fazelina Isa ini boleh ada jadikan panduan untuk hasilkan kaya panda ini. Pasti anda akan berpuas hati dengan rasanya yang sedap.

Jom ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Bihun PAMA Homemade Versi Jimat, Memang Sedap. Rasanya Sebijik Macam Beli

RESEPI KAYA PANDAN HOMEMADE

Buat kaya pandan. Kukus roti pastu makan dengan homemade kaya memang wow gituu. Makan berebut-rebut pulak tu, puas sangat rasa.

Bila buat kaya sendiri ni manis pun boleh dikurangkan ikut suka kita. Cubalah demeh kalau nak buat kaya ni.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula (Cikgu Fazz guna 3/4 cawan sahaja)
  • 1 kotak santan (200gm)
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau jika suka

CARA-CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil.

2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga adunan jadi berkilat.

3. Bila adunan sudah berkilat, itu tandanya kaya sudah masak. Boleh diangkat dan dinikmati.

Boleh simpan di dalam bekas kedap udara/tertutup. Simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama

Sumber/Foto : Fazelina Isa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles