Suatu ketika Al Habib Zein bin Ibrahim bin Sumait ketika akan menīkahkan salah seorang muridnya, beliau menyampaikan khutbah. Katanya,
Nanti ketika sudah menikah suami isteri itu terbahagi menjadi 4 golongan :
1. GOLONGAN PERTAMA
Di mana sang suami dan isteri sama – sama rajin beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى.
2. GOLONGAN KEDUA
i mana suami rajin beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى dan sang isteri mālas beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى
3. GOLONGAN KETIGA
Di mana suami malās beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى dan sang isteri rajin beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى.
4. GOLONGAN KEEMPAT
Di mana sang suami dan isteri sama – sama malās beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى.
Setelah menjelaskan 4 golongan tersebut Habib Zein kemudian bertanya kepada muridnya:
“Engkau ingin masuk kedalam golongan yang mana?”
“Saya ingin masuk golongan yang pertama ya Habib,” jawab muridnya.
“Kalau begitu niatkan dalam dirimu sekarang sebelum engkau aku aqadkan pernīkahan, dengan berniat ingin menjadi golongan yang pertama,” jawab Habib Zein.
Dikatakan, ulama – ulama terdahulu jika keluar rumah dan lupa berniat untuk ibadah maka mereka akan pulang ke rumahnya kembali.
Dan memasang niat dulu baru keluar rumah. Mereka tidak mahu setiap waktunya yang dilalui tanpa memasang niat untuk beribadah.
Aktiviti mubah seperti makan, dan lain-lain pasti diniatkan agar kuāt ibadah, agar khusyu’ ibadah. Sehingga meskipun amalan mubah tetap mendapatkan pahala.
Dari itulah mari kita pasang niat yang bagus, niat untuk ibadah di dalam setiap aktiviti kita agar tidak berlalu waktu kita sīa-sīa begitu saja. Dan jangan lupā juga memasang niat dalam aktiviti kehidupan kita seperti yang diniatkan para salafunasolleh.
Demikian hadis Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang berbunyi
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى .
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Fahmi Ibn Hazizi