Kamu Tidak Akan Melengahkan Solat Lagi Selepas Ini

Seringkali kita mengeluh dan berasa sedīh kenapa Allah سبحانه و تعالى‎  selalu menangguhkan permintaan kita.

Pernahkah kita terfikir akan tanggungjawab kita sebagai hambā-Nya?

Kita sering saja menangguhkan segala suruhān Allah سبحانه و تعالى‎ . Allah سبحانه و تعالى‎  tidak menciptakan manusia dengan sīa-sīa. Kita wajib mentaatī dan patuh segala suruhan-Nya.

Antara tujuan dan tanggungjawab kita sebagai hambā adalah untuk mengabdīkan diri kepada Allah سبحانه و تعالى‎ , menunaikan apa yang diperintahkan-Nya dan menīnggalkan apa yang dilarang-Nya serta memakmurkan bumi Allah سبحانه و تعالى‎  berdasarkan syarīatNya.

JANGAN TANGGUHKAN SOLAT

Salah satu kewajipan kita terhadap Allah سبحانه و تعالى‎  adalah dengan menunaikan solat pada awal waktu

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Nabi صلى الله عليه وسلم  pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi No: 155)

Menurut Shaikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi رحمه الله, seseorang itu mestilah menjadi seseorang yang cerdik dan peka terhadap seruan Allah سبحانه و تعالى

الله اكبر ، الله اكبر
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar

Saat mendengar seruan azan, jangan sesekali menangguh menunaikan solat hanya semata-mata untuk melakukan kerja dunīa.

Kerana ‘pertemuan’ kamu dengan Allah سبحانه و تعالى‎ inilah yang akan mempermudahkan kerja dunīa kamu itu yang kita sebut sebagai keberkatan waktu.

Oleh sebab itu, setiap manusia perlu berjaga-jaga supaya tidak mengabaīkan seruan Allah سبحانه و تعالى‎

Contohnya, jika ayah aku memanggil aku tetapi aku tidak jawab, sudah tentu dia akan marāh terhadapku

Begitulah perkaitan antaran urusan dunīa dan solat diawal waktu yang mana asbab daripada kita solat di awal waktu maka Allah سبحانه و تعالى‎ menjadi keberkatan pada waktu kita, mempermudahkan urusan kita.

Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى‎ mengurniakan kepada kita ini tergolong dalam kalangan hāmbā-Nya yang diberikan taufiq dan keberkatan waktu untuk melaksanakan solat diawal waktu. InsyaAllah.. Amin

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : MutarjimClips

Related articles