Kalimat Zikir Yang Menumbuhkan Pohon Di Syurga

Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir adalah kalimah pujian untuk mengingati Allah سبحانه و تعالى dan mendapat ganjaran pahala apabila melakukannya (berzikir)

Ada banyak jenis zikir yang boleh diucapkan dengan pelbagai faedah dan manfaat yang dinyatakan berdasarkan hadis-hadis Nabi صلى الله عليه وسلم . Contohnya zikir yang paling disukai oleh Allah سبحانه و تعالى ialah

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

Dari Abu Dzar رضي الله عنه, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajukan tanya kepadaku, “Hai Abu Dzar, maukah engkau aku beritahukan tentang ucapan yang disenangi Allah?” Aku menjawab, “Ya, aku mau, ya Rasulullah. Beritahukanlah kepadaku tentang ucapan yang disenangi Allah.” Beliau صلى الله عليه وسلم lantas bersabda, “Sesungguhnya ucapan yang paling disukai Allah adalah سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ.” (Hadis Riwayat. Muslim, No. 4911).

Terdapat juga zikri yang ringan di lidah namun memberatkan timbangan amalan  iaitu سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ

Zikir yang sedikit tetapi ganjarannya besar, zikir yang boleh memudahkan urusan serta banyak lagi.

Zikir Yang Menumbuhkan Pohon Di Syurga

Tahukah anda ada satu zikir ajaib yang boleh menumbuhkan pohon di syurga!

Abu Hurairah رضي الله عنه pernah bercerita, pada suatu hari saat dia sedang menanam pohon, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah melewatinya lalu bertanya.

“Wahai Abu Hurairah, apa yang sedang engkau tanam?”

“Tanaman milikku”, kata Abu Hurairah.

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata lagi, “Apakah kamu mahu aku beritahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik daripada tanaman ini?”

Abu Hurairah menjawab, “Tentu wahai Rasulullah!”

Baginda bersabda: “Ucapkanlah

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maka setiap bacaan tersebut akan menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles