‘Kalau Faham Hadis Ini, Kita Tak Tergamak Nak Tinggalkan Solat’ – Allah Jawab Setiap Ayat Dalam Surah Al-Fatihah Yang Kita Baca Dalam Solat.

Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat, sedangkan dia tidak membaca Ummul Qur’an (al-Fatihah), maka dia telah cacat, tidak sempurna.

فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ : إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ الإِمَامِ ، فَقَالَ : اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : قَالَ اللَّهُ تَعَالَى : قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ ، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ ،

Abu Hurairah رضي الله عنه disoal: (Tetapi) kami solat di belakang imam?

Abu Hurairah رضي الله عنه menjawab: Bacalah (surah al-Fatihah) sendiri-sendiri. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ سورة الفاتحة آية 2 ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى : حَمِدَنِي عَبْدِي ،وَإِذَا قَالَ : الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ سورة الفاتحة آية 3 ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى : أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي ،وَإِذَا قَالَ : مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ سورة الفاتحة آية 4 ، قَالَ : مَجَّدَنِي عَبْدِي ، وَقَالَ : مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي ،فَإِذَا قَالَ : إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ سورة الفاتحة آية 5 ، قَالَ : هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي ، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ ،فَإِذَا قَالَ : اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ { 6 } صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ { 7 } سورة الفاتحة آية 6-7 ، قَالَ : هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ “

Maksudnhya : Allah سبحان و تعالىٰ berfirman: Aku telah membahagikan As-Solah (nama lain bagi surah Al-Fatihah) kepada dua bahagian di antara Aku dan hamba-Ku. Hamba-Ku mendapat apa yang di pohon jika dia berkata :

Apabila hamba-Ku mengata ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ), maka Aku mengatakan hamba-Ku memuji-Ku ,

Apabila hamba-Ku mengata ( الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ), maka Aku mengatakan hamba-Ku menyanjungi-Ku ,

Apabila hamba-Ku mengata ( مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ), maka Aku mengatakan hamba-Ku mengagungkan-Ku ,

Apabila hamba-Ku mengata (  إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ), maka urusannya dengan-Ku dan baginya segala yang diminta kepada-Ku.

Apabila hamba-Ku membaca ( اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ) dan ( صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ ), maka semua itu baginya dan apa yang dia minta akan Ku penuhi,” (Sahih Muslim, Kitab as-Solat, hadis no: 395)

 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Zonkuliah

 

Related articles