Mudahnya Nak Buat Portuguese Egg Tart, Hanya Guna Kulit Paratha Segera!

Portugese Egg Tart ni sebenarnya kita boleh buat sendiri sahaja di rumah. Biasa kalau makan satu memang tak cukup kan.

Kalau buat sendiri boleh lah makan puas-puas. Nak makan tiap hari pun boleh. Yang penting jimat dan puas.

Resepi perkongisan Zaihanififie Abu Bakar ni memang menarik. Hanya perlu menggunakan kulit paratha segera untuk membuat kulit Portuguese Egg Tart ni. Tak perlu susah-susah nak uli tepung.

ADVERTISEMENT

Mari ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Lasagna Paling ‘Simple’ Guna Roti Buku. Mudah Dan Sangat Sedap

PORTUGESE EGG TART

Sedapnya makan panas-panas

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Kulit pratha Brand KAWAN ,(8 keping dapat membuat 12 biji)
  • Whipping cream – 75g
  • Telur – 2 biji
  • Gula pasir – 50g
  • Air panas – 110ml

CARA-CARANYA :

1. Masukkan air panas dan gula halus dalam bekas, kacau dan sejukkan. Masukkan telur, Whipping cream, kacau rata dan ketepikan. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam.

2. Keluarkan Pastry dari peti sejuk dan biarkan sejuk selama 5 minit.Ratakan menjadi empat segi Pastry seperti gambar satu dan gulung seperti gambar 1

ADVERTISEMENT

3. Setelah gulungan pertama digulung, gulung sekali lagi Pastry menjadi seperti gambar 2

4. Potong pastri yang digulung menjadi tiga bahagian seperti gambar 3….

5. Masukan dalam bekas acuan pastri puff,tekan mengikut acuan..seperti gambar 4….

6. Cucuk beberapa lubang dengan garpu pada bagian bawah pastri tadi seperti gambar 5…
(untuk mengelakkan kuning telur mengembung semasa membakar)…

7. Akhir sekali tutup permukaan pastri seperti gambar 6

Portugese Egg Tart

8. Panaskan Air fryer pada suhu 160c selama 5 minit. Kemudian masukkan Tart Portuguese dan bakar selama 15 minit. Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180c-bakar selama 5 minit tambahan, dan biarkan Tart Portuguese berwarna kegaringan. (Perbezaan suhu setiap oven berbeza, anda boleh menyesuaikannya sendiri)

Sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba!

Portugese Egg Tart

Sumber/Foto : Zaihanififie Abu Bakar

ADVERTISEMENT

Related articles