Jom Buat Korean Garlic Bread Versi Cepat Ni. Mudah Sebab Guna Roti Keping Je

Pernah makan  korean garlic bread tak? Ala yang biasanya orang jual yang bentuk bulat tu.

Jika pernah atau anda ingim cuba rasa boleh cuba buat sendiri korean garlic bread versi cepat perkongsian Haya Yahya ni.

Tak perlu dah nak susah-susah nak uli doh atau beli roti burger. Cuma perlu guna roti sandwich/roti keping sahaja.

ADVERTISEMENT

Sesuai sangat buat untuk bekal sarapan ataupun dijadikan hidangan menu petang untuk keluarga dan anak-anak. Tak sampai 20 minit dah siap! Selamat mencuba!

RESEPI KOREAN GARLIC BREAD VERSI CEPAT

Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat.

Bau garlic ni memang menusuk kalbu. Maafkan saya, jiran-jiran. Mengganggu lena kalian dengan aroma masakan ni.

Cara-cara nak buat, ada di setiap gambar di bawah. Resepi ini juga boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing.

ADVERTISEMENT

ADUNAN CREAM CHEESE UNTUK LETAK DALAM ROTI

  • Cream cheese – 150g
  • Susu cair – 3 sb
  • Susu pekat – 2 sb

ADUNAN BUTTER UNTUK CELUP ROTI :

  • Butter – 100 g
  • Garlic – 5 ulas (cincang halus)
  • Telur – 1 biji
  • Madu – 2b
  • Daur parsley yang kering – sikit (tak ada pun boleh)

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Campur semua adunan cream cheese, kacau sampai rata. Ketepikan.

ADVERTISEMENT

2. Untuk membuat adunan butter, panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan garlic dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.

3. Letakkan adunan cream cheese di atas roti.

4. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.

5. Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.

6. Bakar dengan suhu 180°C selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP DAH!

Sesuai untuk bekal anak atau pergi kerja.

Sumber/Foto :  Haya Yahya via My Resepi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

ADVERTISEMENT

Related articles