Baru-baru ini tular satu rakaman video hantaran KL Foodie yang dirakami oleh seorang jurugambar Siva Kumar (SK) yang memaparkan wanita sedang menukar lampu bulb pada spotlight di puncak menara berkembar Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang bertajuk ‘Spotted! Iron Lady on top of KLCC’
Video mengenai kerjayanya yang dikongsikan oleh KL Foodie sehingga kini meraih melebihi 2.1 juta jumlah tontonan selain dibanjiri komen warganet yang meluahkan rasa kagum dengan kekentalan dan keberaniannya.
TONTON VIDEO DI SINI : My 1000th Post Found Iron Women This Morning / Spotted! Iron Lady On Top Of KLCC
Siapa sangka disebalik kelembutan dan kesopanan seorang wanita bernama Normalia Sidek ini memilih untuk terjun memasuki bidang kerja yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki, iaitu juruteknik akses tali (rope access).

Berbekalkan minat dan ‘passion’ yang mendalam dalam bidang ini, siapa sangka kerjaya yang diceburinya ini tersenarai dalam 10 pekerjaan paling berbahaya dan berisiko di dunia.
Biarpun segelintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan ‘kerja gila’ kerana mempertaruhkan nyawa ‘tergantung’ di atas bangunan pencakar langit, namun pemilik nama Normalia Sidek ini berasa terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.
SEGALANYA BERMULA DARIPADA HOBI SUKAN LASAK ‘ROCK CLIMBING’
Bercerita bagaimana dia mula terjebak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’.
“Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama enam bulan.
MENANGIS KETIKA JOB PERTAMA, TERGANTUNG DI BANGUNAN 30 TINGKAT
“Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya menangis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa ‘tergantung’ terutama ibu bapa.
“Terfikir juga ‘kenapalah aku pilih kerja ni?’. Namun mujur supervisor pandai handle emosi saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.
Minat untuk menceburi kerjaya sebagai juruteknik akses tali bertitik tolak kerana hobinya yang menggemari aktiviti rock climbing.
“Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan,” ujar Normalia Sidek.
Kini Maya sudah lebih empat tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).
KERJAYA JURUTEKNIK AKSES TALI LUAS & BANYAK CABANG
Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.
“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas… banyak cabangnya.
“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.
“Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini,” kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.
PERNAH SOROK KERJAYA DARIPADA IBU BAPA TETAPI KANTOI
Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mendedahkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun rahsia tersebut pecah selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.
“Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Majalah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong… mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti risau lebih.
“Saya bukan apa, segan nak beritahu takut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan doa dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga kantoi,” kata anak kelima daripada enam adik beradik ini sambil ketawa.
Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.
Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.
“Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula,” katanya.
BERTEMU JODOH DALAM BIDANG YANG SAMA
Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.
“Tak sangka langsung suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan,” ujarnya
MOGA MENJADI INSPIRASI KEPADA ORANG LAIN
Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka menjadi tular, Maya berkata dia berharap agar perkongsiannya mampu memberi inspirasi kepada orang lain.
“Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.
“Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.
“Jangan rendah diri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada diri sendiri,” katanya lagi.

Sumber/Foto : Istagram Siva Kumar (SK), Facebook KL Foodie, MStar, Harmagidun
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik