Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Pada waktu berkenaan malaikat turun ke bumi. Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.
Solat tahajud dilakukan paling minimum iaitu dua rakaat dan paling maksimum tiada batasannya serta diakhiri dengan solat witir sebagai penutup.
Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji (maqaman mahmuda) di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah spesial kepada suami istri yang keduanya bertahajud.
#1 – Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati suami-isteri yang mengejutkan pasangannya untuk solat
Dalam suatu hadis riwayat Abu Hurayrah RA, Nabi SAW bersabda:
رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ، فَصَلَّى، وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ، فَصَلَّتْ، فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ، وَرَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ، فَصَلَّتْ، وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا، فَصَلَّى، فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ
Mafhumnya: “Allah merahmati seseorang lelaki (suami) yang bangun malam, lalu dia menunaikan solat dan mengejutkan isterinya, lalu isterinya (bangun) menunaikan solat. Sekiranya isterinya enggan (bangun), dia akan merenjiskan air pada wajah isterinya. Allah (juga) merahmati wanita (isteri) yang bangun malam, lalu dia menunaikan solat dan mengejutkan suaminya, lalu suaminya (bangun) menunaikan solat. Sekiranya suaminya enggan (bangun), dia akan merenjis air ke wajah suaminya”.
[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Nasa’iy, Ibn Majah, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban, al-Hakim].

#2 – Dicatat Dari Golongan Yang Banyak Mengingati Allah.
Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingat-Nya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingat-Nya maka Allah akan mengingat orang tersebut.
Dalam hadis lain riwayat Abu Hurayrah RA dan Abu Sa’id al-Khudriy RA pula, Nabi SAW bersabda:
إِذَا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ مِنَ اللَّيْلِ وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّيَا رَكْعَتَيْنِ كُتِبَا مِنَ الذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ
Mafhumnya: “Jika seseorang lelaki (suami) itu bangun malam, dan mengejutkan isterinya (dari tidur), lalu mereka berdua solat dua rakaat, maka kedua mereka akan dicatat dari golongan yang banyak mengingati Allah”.
[Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqiy].
Nabi SAW menggalakkan kita mencari pasangan soleh atau solehah yang diredhai agamanya, demi merealisasikan objektif utama perkahwinan, iaitu saling bantu-membantu dalam menggapai keredhaan Allah dengan konsistensi dalam beramal soleh.
Suami-isteri merupakan pasangan keka-sih yang sentiasa akan bersama baik ketika tidur, mahupun setelah bangun tidur.
Justeru mengejutkan pasangan untuk sama-sama merebut ganjaran solat malam atau qiyamullayl, apatah lagi demi menunaikan kefarduan subuh merupakan suatu tuntutan mulia dalam kehidupan rumah tangga.
Didiklah pasangan kita untuk bersama menjadi “partner” dalam membuat kebajikan dan kejutkanlah dia dengan penuh kasih sayang!
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku