Jika Seseorang Tidak Mampu Untuk Khusyuk Di Keseluruhan Solat, Maka Hendaklah Ia Khusyuk Pada Tiga Tempat Ini

Khusyuk satu istilah atau perkataan yang kerap kita dengar. Perkataan yang tidak asīng lagi, khusyuk selalu dikaitkan dengan solat.

Firman Allah سبحانه و تعالى :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2)

ADVERTISEMENT

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (Surah al-Mu’minun: 1-2)

Cuba renung kembali, apabila kita solat adalah tubuh badan kita, hati kita khusyuk, disetiap bacaan, disetiap gerakan adalah kita sedang khusyuk ataupun hati kita masih līār, fikiran masih menerāwang dan perasaān masih kacaū ketika kita mendirikan solat.

khusyuk adalah kurniaan, anugerah dari Allah سبحانه و تعالى kepada orang-orang mukmin.

Ibn Kathir رحمه الله  dalam menafsirkan ayat 1 dan 2 surah al-Mu;minum berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini : Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Syeikh al-Maraghi berkata: Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

ADVERTISEMENT

KHUSYUKLAH PADA 3 TEMPAT BERIKUT

قال الامام الغزالي ؛ اذا لم يستطع المصلي ان يخشع في جميع صلاته ينبغي ان يخشع في ثلاثة مواضع؛
عند قول وجهت وجهي
عند قول اياك نعبد واياك نستعين
عند قول السلام عليك ايها النبي

ADVERTISEMENT

Berkata Al Imam Ghazali رحمه الله  :

Jika seseorang yang solat tak mampu untuk khusyuk di keseluruhan solatnya (awal hingga salam), maka hendaklah ia (berusaha) khusyuk dalam tiga tempat berikut:

1. Pada ucapan, ( وجهت وجهي ) “Wajjahtu wajhiya” (Doa Iftitah)
2. Pada ucapan, ( اياك نعبد واياك نستعين ) “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in” (Surah Al-Fatihah)
3. Pada ucapan, ( السلام عليك ايها النبي ) “Assalamu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu” (Tasyahud).

5 TIPS KHUSYUK SOLAT

Soalan : Macam mana nak menjadikan solat kita lebih khusyuk dan dengan solat itu kita takut kepada Allah سبحانه و تعالى ?

Jawapan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid حفظه الله :

1. Kalau orang ingin khusyuk dalam solat, mulakan khusyuk dalam wuduk. Dengan mengingatkan diri sendiri bahawa nak berhadapan dengan Tuhan, dengan Yang Maha Besar, dengan Yang Maha Perkasa dan dengan Yang Maha Mengetahui. Masa wuduk itu, fokus dan khusyuk.

2. Ketika di dalam perjalanan menuju ke solat, itu pun perlu di dalam keadaan fokus hendak berjumpa dengan Allah سبحانه و تعالى.

3. Sebelum mendirikan solat, bacalah lafaz Ta’awuz ( أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ) dan Surah An-Nas.

4. Bayangkanlah kita akan berhadapan dengan Allah secara ‘private’, supaya kita boleh fokus kepada Allah سبحانه و تعالى.

5. Ketika mengucapkan Takbiratul Ihram ( اللّٰهُ أَكْبَر ), difahami Allah Yang Maha Besar, lebih besar dari segalanya yang kita nak fikirkan seperti meeting, perniagaan, projek dan dari apa pun juga.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles