Jika Masak Nasi Untuk Sorang Dua, Lagi Mudah Guna Cawan. Tak Lah Membazir & Berkerak

Masak nasi anatara perkara yang mudah untuk dilakukan, terkadang ia menjadi leceh apabila kita tinggal bersendirian. Bila masak untuk seorang makan nasinya dapqat sedikit sahaja, selebihnya bekerak. Nak membasuh lagi. Nak masak banyak risau membazir pula, yela kan nak makan untuk seorang kan.

Sebenarnya ada cara untuk ada masak nasi untuk dalam kuantiti yang sedikit atau seorang. Cara ini memang menjadi. Yang bestnya nasi tak berkerak yang tak membazir. Periuk nasi pun tak perlu susah-susah anda nak membasuhnnya.

Caranya masak dengan menggunakan mug atau cawan sahaja. Mari ikuiti langkah yang di kongiskan oleh Amalina Aziz ini.

CARA MUDAH MASAK NASI DALAM PORTION KECIL, JADI TAK LAH MEMBAZIR, TAK LAH BERKERAK

Mudah sahaja caranya, ikut sahaja langkah-langkah di bawah

1. Ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.

2. Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.

Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.

3. Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.

4. Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.

HASILNYA

Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?

Ini hasilnya apabila nasi dikeluarkan dari mug, kerak pun takda. Memang mudah dan ringkas. Tak perlu nak rendam basuh kerak dah lepas ni.

Anda kena cuba cara ni tau. Semoga bermanfaat

Sumber/Foto :  Amalina Aziz

Related articles