Bagi ibu-ibu khususnya, anak kecil seusia 3 hingga 4 tahun sudah pandai menulis merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi si ibu. Yela, ibu dan ayah mana yang tidak seronok melihat anak cepat menulis kan?
Malah menjadi satu kebanggaan dan kepuasān bagi si ibu dan ayah apabila jika anak pada usia seawal tiga atau empat tahun sudah mampu melakukannya.
Jika ini yang ibu ayah inginkan, maka kita memang kena bantu sin anak. Kebiasaan kita sebagai ibu ayah akan beri anak pensel dan kertas pada mereka untuk dibiasakan untuk melatih anak dalam proses belajar menulis.
Namun, inilah yang biasa dilakukan oleh si ibu dan ayah. Walhal, hakikat sebenar untuk melatih anak cepat menulis bukanlah melalui dengan cara ini.
Inilah yang dikongsi oleh Puan Ashikin Hashim yang merupakan seorang guru pendidikan awal kanak-kanak
AKTIVITI INI BANTU SKILL MENULIS ANAK
Nak ajar anak pandai menulis? Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah. Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu???? Nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Mengecop | Mengoyak | Mengupas
Menggumpal Kertas | Menekan | Menggunting
Merangkak Dan Melukis Menggunakan Jari
Bermain Bongkah & Tali | Permainan Manipulatif | Bermain Lego
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skill menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet :
Ashikin Hashim
Early Childhood Practitioner
Senang, mudah dan ringkas saja kan. Siapa sangka aktiviti biasa tapi sebenarnya inilah yang akan membantu proses anak cepat menulis. Harap ibu bapa dapat aplikasikan cara paling mudah ini pada anak-anak.
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ashikin Hashim