Jika Kita Boleh Ajar Anak-Anak Benda-Benda Ni, Cerah Kubur Kita – Ustaz Shamsuri Ahmad 

Jika kita boleh ajar anak-anak dirumah. Bangkit pagi sebelum subuh 2 rakaat qabliyah sebelum subuh, nak tidur kot mana pun paling tidak 1 rakaat witir. Kalau itulah yang kita boleh pahat masuk dalam diri anak kita, kita takda esok nanti.. anak masih buat perkara ini lagi cerah kubūr kita, cerah kūbūr kita.

Tuan Puan, kalau kita ada anak yang boleh buat benda ni.. yang fardhu tentu dia buat. Dia boleh ikut mana pun sebelum subuh 2 rakaat dia buat, ikut mana pun nak tidur 1 rakaat kurang-kurang witir atau pun 3 rakaat.

Kalau anak kita boleh istiqamah dengan amalan itu.. tuan tuan berbaloi kita bela dia.

ADVERTISEMENT

Kan Nabi صلى الله عليه وسلم kata

‎إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila matī seorang manusia, terputūslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)

ADVERTISEMENT

Jika matī seseorang manusia semua sumber pahala dia akan stop, berhenti.

Nabi صلى الله عليه وسلم kata انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ semua sumber pahalanya stop semua melainkan 3 perkara sahaja

ADVERTISEMENT

Sedekah Jariah

‎صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ sedekah jarriah. Atas dunia jika kita ada buat sedekah jariah, selagi mana benda tu sedekeh yang orang masih guna, benda itu orang masih pakai selagi itu satu channēl pahala masuk ke kita.

Ilmu Yang Bermafaat

‎أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ atau pun atas dunia kita ada bagi satu ilmu pada satu orang dan dia amalkan ilmu itu. Selagi dia amalkan pahala akan pergi cari kita.

Anak Yang Soleh

‎أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ atau pun ada tinggal anak yang baik, dia doa kat kita. Kot mana pun dia doa kat kita..

‘ Ya Allah‎, ampunkan mak dan ayah..’

Hanya itu sahaja yang dia minta. Pahala dapat kat kita. Apatah lagi dia satu anak yang bukan doa sahaja. Ni yang kita dok ajar solat sunat itu ini. Dia buat .. Allahuakbar

Tuan puan, benda ni yang kita kena fokus, yang kita nak kena ambil buat. Berilah kepada mereka apa-apa ilmu supaya dapat diamalkan untuk akhīrat.

Akidah Yang Betul

Selain itu tunjukkan kepada mereka iktiqad (pegangan) yang baik iaitu iktiqad yang disuruh syarak pakai. Pastikan ahli keluarga kita, adik beradik kita, saudara kawan-kawan kita beriktiqad dengan iktiqad yang betul.

jika kira rasa diri kita ‘securē’, kita selamat. Selamatkah anak-anak kita? Selamatkah cucu-cucu tuan puan?

Sebelum tidur lihat muka anak-anak kita , tengok muka mereka.. Adakah mereka ini esok boleh jadi وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ? Macam ini punya muka ni, bolehkah jadi anak yang soleh yang nak doakan kita?

Pentingnya kita memastikan anak-anak kita terutamanya mempunyai akidah yang betul. Jika kita ajar mereka sampai mereka berakidah yang betul, kita sudah membuat satu ‘cakap baik’ yang membawa pulangan hasil untuk akhīrat.

Al-Quran

Setidak-tidaknya anak kita mengaji quran, yang diaboleh mengaji tu kita yang mulakan ajar. Untuk lanjutan kita hantar pergi kat orang-orang yang hafaz quran. Awal ni nak kenal huruf ا ب ت ni kita yang ajar sekurang-kurangnya. Supaya ada kesimbungan kita didalam ilmu yang ada pada anak anak kita.

Zikir Dan Sedekah

Ajarkan dan tunjukkan kepada anak-anak tentang peri kebaikkan zikir dan bersedekah. Suburkan mereka dengan perkara-perkara baik seperti ini.

Kerana kita pada hari ini perbetul diri kita sahaja. Terkadang tidak pernah ambil tahu anak-anak dirumah. Solat ke tidak pun kita tak tahu. Terkadang kita lihat pak mak terlebih bagus tapi anak… Allahuakhbar.

Tuan puan, benda ni yang kita kena fokus, yang kita nak kena ambil buat. Berilah kepada mereka apa-apa ilmu supaya dapat diamalkan untuk akhīrat.

Pembaca juga boleh tonton video penuh dibawah supaya lebih jelas:

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Zonkuliah

ADVERTISEMENT

Related articles