NASIHAT BUAT PARA SUAMI oleh Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir Al Azhary
Jika kamu mula melihat wanita yang harām bagimu melihatnya bahawa dia lebih menawān daripada wanīta yang halal bagimu,
Jika kamu mula meletakkan wanita yang berkorbān siang malamnya untuk membahagiakanmu jauh di sudut hatimu,
Jika kamu mula memandang bahawa dia punya kelemahan dan kekurangān,
Kamu lupa yang dia itulah yang mula-mula menawān hatimu,
Dialah yang kamu letak dahulu di segenap ruang hati,
Dialah yang engkau pandang punya kelebihan segalanya.
Maka, ingatkan semula niatmu , tujuanmu bergabung dengannya, berjanji di depan orang tuanya , untuk terus menjaga dan membelānya. Tidak akan mensīa-sīakannya.
Nasihatku kepada semua para suami di luar sana juga buat diriku. Jangan hanya kerana sesuatu yang tidak pasti bagimu , kamu abaīkan sesuatu yang pasti bagimu.
Jika kamu bersyukur , Allah سبحانه و تعالى tambahkan barakahnya. Jika kamu kufūr semuanya bertempīaran.
Saya berkata : Gambar hanya sekadar hiasan. Mata hati dan zahir hanya memandang kepadanya tidak yang lain
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Gambar : Nazrul Nasir