Jika Isteri Demam, Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak. yakni suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorba-nan.

Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkor-ban untuk suaminya. Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahir-kan cinta dan kebahagiaan.

Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah. Bayangkan jika pengurus rumah ini demam misalnya pastinya urusan rumahtangga jadi tidak terurus.

ADVERTISEMENT

Disini lah peranan seorang yang bergelar ‘suami’. Wahai suami ketahuilah jika sang isteri demam kuasa penyembuhan itu Allah kurniakan asbab pada tangan seorang suami.

Jom ikuti perkongsian Abu Hurairah Asifa di facebook milikynya

Jika isteri demam, ambillah sedikit masa untuk kita merawatnya.

Sebab kuasa penyembuhan itu, Allah ada berikan pada tangan seorang Suami.

ADVERTISEMENT

Jangan biasakan beri panadol semata-mata, melainkan keadaan tak mengizinkan kita untuk merawatnya.

Cara Merawat Isteri Demam

ADVERTISEMENT

#1 – Pegang kepalanya, baca Al Fatihah dan niatkan untuk supaya Allah buangkan bisa badannya serta panasnya.

# 2– Niatkan juga moga Allah ampunkan do-sanya. Allah surutkan demamnya. Buat dengan penuh kasih sayang.

#3 – Buatkan bubur nasi. Kacang goreng pedas je. Basuh beras, letak air, buka api, tunggu sampai nasi menjadi bubur. Nak power, letak isi ayam, daging ke, sayur karot skit. Atau paling akhir atau paling ma-las, sila ke Mcd dan beli saja bubur ayam kat situ.

#4 – Buat air penyejuk badan. Rebus Barli. Beli kat speedmart banyak. 60sen je sebungkus. Rebus dan ambil air, buh gula skit sekali dengan lemon. Lagi rajin buh gula batu, kurma ci-na, kembang semangkuk. Minum suam-suam, insyaAllah segala kepanasan akan keluar.

#5 – Yang penting, usaha. Isteri perlukan perhatian. Bukanlah kita nak jaga dia hari-hari, cuma saat dia demam itulah, hari isteri nak lihat kasih sayang kita sebagai Suami.

Kalau macam ngade sangat, tonyoh je lemon kat muka isteri bagi segar ????

FOTO : TVALHIJRAH

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber  : Abu Hurairah Asifa

ADVERTISEMENT

Related articles