Jika Ditanya Apa Itu Allah, Macam Mana Kita Nak Beri Jawapannya?

JIKA DITANYA APA ITU ALLAH?

SOALAN :

Kalau orang tanya Allah itu apa macamana kita nak beri jawapannya?

Kadang-kadang terbayang dalam hati tuhan itu mungkin seperti kita semua cuma dia sangat berkuasa.

Macamana nak yakinkan hati apa yang terbayang itu tidak benar?

JAWAPAN :

Sebagai jawapan pertanyaan tuan ini adalah sangat sesuai dan elok saya lampirkan apa yang telah disebut oleh Syeikh Ba’lawi pada muqaddimah kitab Sullam Taufiq.

Berkata Al-Faqih Syeikh Abdullah Ba’lawi Al-Hadhrami As-Syafie :

مِنَ المُهِمِّ أَنْ يَعْرِفَ المُسْلِمُ كَيْفَ يُجِيبُ مَنْ يَسْأَلُ: “ما هُوَ اللهُ؟”، فَهَذا سُؤالٌ يَطْرَحُهُ كَثِيرٌ مِنَ الصِّغارِ، ولا يُحْسِنُ الإِجابَةَ عَلَيْهِ كَثِيرٌ مِنَ الكِبارِ؛ ويُمْكِنُ إجابَتُهُ إجابَةً صَحِيحَةً بِأَنْ يُقالَ: اللهُ تَعالَى مَوْجُودٌ لا يُشْبِهُ غَيْرَهُ مِنَ المَوْجُوداتِ، فَمَهْما تَصَوَّرْتَ بِبالِكَ فَاللهُ لا يُشْبِهُ ذٰلك، ولا يَعْلَمُ أَحَدٌ غَيْرُهُ تَعالَى حَقِيقَتَهُ، ولٰكِنَّنا بِناءً على الأَدِلَّةَ القَطْعِيَّةَ نَعْلَمُ يَقِينًا عَنِ اللهِ تَعالَى أُمُورًا مِنْها:
حَقِيقَةُ اللهِ تَعالَى لَيْسَتْ كَحَقِيقَةِ أَحَدٍ غَيْرِهِ، فَلَيْسَ تَعالَى مِنْ أَفْرادِ الكَوْنِ أي العالَمِ؛
لَيْسَ اللهُ تَعالَى في أيِّ مَكانٍ أو جِهَةٍ؛ لِأَنَّهُ لَيْسَ ذا جِسْمٍ وحَجْمٍ وشَكْلٍ؛
لا يَحْتاجُ الله تعالى إِلى شَيْءٍ، ولا يَتَضَرَّرُ بشيءٍ، ولا يَنْتَفِعُ بِشَيْءٍ؛ لِأَنَّ لَهُ الكَمالَ المُطْلَقَ؛
اللهُ تَعالَى خالِقُ كُلِّ ما سِواهُ، أيِ كُلِّ ما في العالَمِ؛ اللهُ تَعالَى لا بِدايَةَ لِوُجُودِهِ، فَلَيْسَ لَهُ خالِقٌ كَغَيْرِهِ؛
ما أَوْهَمَتْ ظَواهِرُهُ مِنَ الآياتِ الكَرِيمَةِ والأَحادِيثِ الشَّرِيفَةِ اتِّصافَ اللهِ تَعالَى بِصِفَةٍ مِنْ صِفاتِ المَخْلُوقاتِ، كَالجِسْمِ والمَكانِ والحَرَكَةِ والسُّكُونِ، فَتَفْسِيرُهُ الصَّحِيحُ غَيْرُ ذٰلك قَطْعًا

Artinya : “Dan setengah dari perkara yang sangat penting bahawa diketahui olih orang Islam bagaimana menjawab orang yang bertanya :

Apakah itu Allah?.

Maka soalan ini banyak dilontarkan oleh budak-budak yang tidak dapat menjawabnya dengan baik oleh kebanyakkan orang dewasa. Dan mungkin oleh jawabnya sebagai jawapan yang sahih dengan bahawa berkata ia :

Allah itu wujud tanpa menyerupai akan selainnya dari segala yang ada ini. Maka apa sahaja yang tergambar pada hatimu maka Allah itu tidak menyerupai yang demikian itu.

Dan tiada seorang jua selain Allah yang tahu akan hakikat-Nya akan tetapi kita yang berasaskan dalil-dalil yang pasti dapat kita ketahui secara yakin daripada Allah Taala beberapa perkara.

Setengah daripadanya :

Hakikat Allah itu tidak seperti hakikat selain-Nya. Maka tiadalah Allah itu sebahagian daripada alam ini. Tiadalah Allah itu pada mana-mana tempat atau arah dari kerana sungguhnya Dia bukan empunya tubuh dan badan dan bentuk.

Allah tidak memerlukan kepada suatu dan tidak termudarat oleh suatu dan tiada mengambil menafaat dengan suatu kerana sungguhnya bagi-Nya kesempurnaan yang mutlak.

Allah Taala tiada permulaan bagi wujud-Nya maka tiadalah bagi-Nya pencipta seperti lainnya.

Allah Taala yang mencipta segala sesuatu yakni segala yang ada pada alam ini.

Sekelian ayat-ayat Quran yang mulia dan hadith-hadith yang pada zahirnya memberi sangkaan bersifatnya Allah dengan satu sifat dari sekelian sifat makhluk seperti bertubuh dan bertempat dan bergerak dan diam maka tafsirannya yang sahih ialah bukan yang demikian itu sama sekali.” (Kitab Sullam At-Taufiq)

InsyaAllah inilah jawapan yang elok sebagai menjawab pertanyaan orang-orang yang bertanya apa itu Allah dan inilah juga perisai yang ampuh bagi menolak lintasan syai-tan yang datang pada hati manusia menyerupakan Allah dengan makhluk yang tiada lain tujuannya melainkan hendak menye-satkan manusia.

wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Ustaz Azhar Idrus

Related articles