Jika Anda Sukar Mendapatkan Kemanisan Iman Di Atas Tikar Sejadah, Cubalah Cara Ini

Kemanisan iman bermaksud kita dapat merasai kelazatan dalam beribadah, melaksanakan ketaatan kepada Allah سبحانه و تعالى‎ , menuruti ajaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan berkemampuan menghadapi kesulītān serta mengutamakan agama daripada hal kedunīaan.

Melalui kemanisan iman, seseorang akan mempunyai sifat istiqamah dalam dirinya untuk kekal melakukan amalan ibadah serta sentiasa menunggu-nunggu dan rīndu untuk melakukan ibadah seperti solat, puasa, membaca al-Quran, berzikir serta menjauhi perbuatan maksīāt

Dalam membicarakan hal ini terdapat satu hadis Nabi صلى الله عليه وسلم:

عَنْ أَنَسِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Dari Anas رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi) dan ia membēncī kembali kepada kekūfurān selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api nērakā.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sebaliknya tanpa kemanisan iman, seseorang tidak lagi merasai nikmat keindahan , kelazatān dalam melakukan ibadah.

Contohnya, jika seseorang sebelum ini solat yang didirikan membuatkan dirinya tenang, lapang dan bahagia namun amalan solat seolah-olah sudah tidak begitu berbekas dalam hati malah seperti kosong dan sepi.

Sebagai seorang Muslim, kita amat beruntung jika dapat menyedari berkurangnya kemanisan dalam beribadah supaya ia menjadi hikmah untuk kita bermuhasabah dan mencari jalan untuk memperbaiki hubungan dengan Allah سبحانه و تعالى‎

PELBAGAI CARA MERAIH KEMANISAN IMAN

Jika anda sukar mendapatkan kemanisan iman di atas tikar sejadah, cubalah cara yang lain. Salah satunya memberi orang yang memerlukan dan membantu orang yang kesusahan. Di situ anda akan merasakan kemanisan yang sukar digambarkan.

Daripada Ibn ‘Umar رضي الله عنه : Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah? Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?”

Baginda صلى الله عليه وسلم menjawab:

أحب الناس إلى الله تعالى أنفعهم للناس وأحب الأعمال إلى الله تعالى سرور تدخله على مسلم أو تكشف عنه كربة أو تقضي عنه دينا أو تطرد عنه جوعا

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia. Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah menggembirakan muslim, membantu kesūsāhannya, melunaskan hūtāngnya, atau menghilangkan lapārnya.” (Hadis Riwayat al-Tabarani)

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah/cara untuk kita mengekalkan nikmat beribadah seperti berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati perintah Allah سبحانه و تعالى‎ , menjauhkan diri daripada dōsā, menjadi manusia yang berakhlak mulia, menjadikan ibadah sebagai jalan mendekati Allah سبحانه و تعالى‎ dan meyakini bahawa ibadah itu bernilai sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Selain itu, kemanisan dalam beribadah juga diperoleh melalui cara menjauhi sifat mengejar reda manusia semata-mata, menjauhi teman yang fāsīk serta meninggalkan sifat mencari kesenangan dunīa semata-mata.

Mudah-mudahan Allah سبحانه و تعالى‎ mengurniakan kita merasai kemanisan iman yang dikecapi oleh hāmbā-hāmbāNya yang soleh. Amin

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles