Jangan Tinggal Doa Ini Setiap Kali Sujud Akhir Dan Rasailah Perubahan Dalam Hidup Kita

Setiap amalan yang kita lakukan mestilah dengan niat ikhlas kerana Allah. Ini kerana hanya amalan yang ikhlas kerana Allah akan diterima dan dipermudahkan.

Tanpa niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan

Kata Syeikh Syeikh Ibnu Atha’illah :

Perkara terbaik yang kamu minta dari Allah ialah perkara yang Allah tuntut dari kamu

[Allah menuntut kita berzikir, bersyukur dan beribadah dengan bagus. Maka itulah yang kita mohon dari Allah]

Maka untuk mengekalkan momentum ibadah kita supaya kita dapat melakukan ibadah dengan baik  adalah dengan meminta pertolongan dari Allah seperti di dalam hadis Baginda Rasulullah Ṣallallāhu ′alaihi wassallam:

Rasulullah Ṣallallāhu ′alaihi wassallam memegang tanganku (Mu’adz) lalu bersabda: Wahai Mu’adz, demi Allah aku mencin-taimu. Kemudian baginda bersabda lagi: Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan setiap selesai solat untuk mengucapkan, 

اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ

ALLAAHUMMA A’INNII ‘ALAA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI ‘IBAADATIK 

(Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik).

Ustazah Asma Harun dalam satu kuliah menyatakan :

“.. Orang yang sentiasa bersyukur walaupun tengah se-dih dia boleh senyum, boleh seyum dekat orang, orang tak tahu dia sedih. Dia sedang senyum kepada ujian Allah.

Lalu Allah janji dalam al-Quran,

“.. jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah..” (Surah Ibrahim : 7)

Jadi, nak jadi orang bersyukur kita tak mampu, melainkan dengan pertolongan Allah.

اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ

(Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik).

dan bila kita berdoa tanpa henti satu ketika doa dah 10 tahun, 5 tahun, dah sebulan doa ni (doa diatas) tak berhenti lepas ni..

Bila dengar ilmu ni hari ini, cari doa, doa ni selalu dah kita dengar tapi tak istiqamah

Cuba istiqamah sebulan, doa ini tak tinggal setiap kali sujud akhir atau selepas solat. InsyaAllah lepas sebulan kita dapati kita menjadi orang :

  • Kita akan menjadi orang yang sangat mencintai zikrullah
  • Kita akan menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah

Sebab kele-mahan umat Islam pada hari ini lemah dalam kelebihan berdoa. Nabi Muhammad Ṣallallāhu ′alaihi wassallam bila berdoa sahabat kata, isteri Nabi kata sampai nampak putih ketiak Nabi Ṣallallāhu ′alaihi wassallam.

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..

Makin tinggi, makin tinggi, merayu memohon pada Allah. Maknanya menunjukkan kesungguhan.

Kita pula, makin rendah, lamanya imam ni baca doa.

Sedang doa itu مخ العبادة ruh/kepala ibadah, doa juga adalah  سِلاحُ الْمُؤْمِنِ senjata yang ampuh bagi orang mukmin..”

 

Doa ini terkandung dalam Hadis Musalsal bil Mahbbah yang biasa diijazahkan oleh para ulama hadis kepada para pelajar.

Akhirkata, usahakan jangan tinggal untuk baca doa ini setiap kali selepas solat atau dalam sujud terakhir.

dan perbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad Ṣallallāhu ′alaihi wassallam. Moga Allah himpunkan kita bersama Nabi kita di Syurga-Nya…

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

 

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles