Jangan Terkejut. Ini Kelebihan Jika Pasangan Anda Memiliki Janggut.

Misai, janggut dan jambang adalah antara “aksesori” yang perlu ada pada setiap lelaki maskulin. Selain menyerlahkan lagi penampilan wajah, anda perlu tahu bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya.

Ayuh baca fakta unik ini

1. MALAIKAT TADAH AIR WUDUK YANG JATUH DARI JANGGUT

Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka pada janggutnya itu.

Keesokan harinya, lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah SAW tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Ini membuatkan dia bertambah hairan lalu mengajukan pertanyaan kepada Baginda.

“Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Jawab Baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat.”

2. KURANGKAN TANDA PENUAAN DAN AWET MUDA

Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.

3. BUATKAN WAJAH SENTIASA HANGAT

Rambut merupakan penebat yang membuatkan lelaki kekal ha-ngat, begitu juga dengan janggut kerana ia merupakan sebahagian daripada rambut yang ada pada wajah. Carol Walker, Konsultan Trichologist dari Birmingham Trichology Centre mengatakan janggut dapat menahan udara sejuk sekali gus menaikkan suhu leher terutamanya jika berada pada cuaca yang sejuk. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba di dalam badan.

4. BERI PERLINDUNGAN DARIPADA SINARAN ULTRA VIOLET

Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.

5. KURANGKAN GEJALA ASMA DAN ALAHAN

Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.

6. MELEMBAPKAN KULIT WAJAH

Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Gambar Sekadar Hiasan

7. ELAK MASALAH JE-RAWAT

Menyimpan janggut juga boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat, vulgaris, sekali gus mencegah terjadinya masalah je-rawat dan bintik hitam.

8. SENSASI CI-UM-AN YANG BERBEZA

Wanita lebih menikmati ci-uman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan ke-inti-man saat men-ci-um suami.

9. PAHALA BUAT ISTERI

Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lem-but janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.

10. GALAK KE-SUBUR-AN WANITA

Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon tes-toste-ron yang amat diperlukan bagi ke-subur-an wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran ha-id selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sen-tuhan dan be-laian pada janggut atau jambang suami.

11. CALON AYAH YANG BAIK

Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.

12. SESUAI DIJADIKAN PASANGAN ROMANTIK

Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.

* Ingat ya suami! Walaupun banyak kelebihan, pastikan janggut atau jambang anda sentiasa dibersihkan dan dirapi selalu agar ia tidak menyebarkan bakteria dan kuman untuk diri anda mahupun orang lain terutamanya isteri.

Related articles