‘Jangan Pernah Lupa Asal Usul’ Alif Satar Titip Pesan Buat Anak-Anak & Kongsi Memori Membesar Di Flat

“Tidak kira seberapa tinggi anda terbang, jangan pernah lupa akan akar umbi anda.” atau bahasa mudahnya jangan pernah lupa asal usul.

Ini yang dikongsikan oleh Alif Satar yang merupakan penyanyi, pengacara dan pelakon popular yang serba boleh ini ketika mengimbau kembali kenangan indah zaman kanak-kanaknya yang pernah menetap di kawasan perumahan flat di Wangsa Maju ketika usianya masih kecil dahulu.

Menurut perkongsian Alif yang merupakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini berkongsi menerusi akaun Instagramnya, bahawa dia membesar di rumah pangsa kos rendah itu sejak tahun 1990 sehingga umurnya mencecah darjah satu. Kemudian, berpindah ke luar negara kerana mengikut ibu bapanya yang mendapat tawaran belajar di United Kingdom (UK).

ADVERTISEMENT

SALAH SEORANG ‘BUDAK FLAT’

“Baru -baru ni Alif ada bagitau waktu interview dalam @studiosembang dengan @ameliath yang Alif adalah salah seorang ‘budak flat’.

“Ni haa.. Blok E1, Wangsa Maju, Seksyen 2. Kami tinggal di sini dari 1990 sampai darjah satu sampai 1997 then my parents moved us to the UK sebab diaorang dapat scholarship belajar sana.

“Balik dari UK, kami duduk balik Wangsa Maju sampai tahun 2000, baru la pindah ke Hartamas,” kongsi Alif.

BAWA ANAK-ANAK KE LOKASI MEMBESAR

Alif juga menceritakan bahawa kehidupan waktu kecilnya juga sama seperti kanak-kanak lain dan beliau juga sangat gembira dapat membawa anak-anaknya ke tempat kediaman dimana dia pernah membesar suatu ketika dahalu yang dia pernah mengumpul pelbagai memori di waktu kecilnya bersama keluarga dan rakan-rakan.

ADVERTISEMENT

“Beb, kat sini lah Alif membesar waktu kecil dulu, macam-macam memori Alif kumpul kat sini.

“Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu, rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini! Kind loving people they all are, and I wish them all the best ♥️,” ujar Alif bercerita.

ADVERTISEMENT

TITIP PESANAN

Bahkan Alif turut menitipkan pesanan dan nasihat buat ketiga-tiga anaknya agar tidak pernah melupakan siapa dan dimana kita berada.

“p/s: Tidak kira setinggi mana anda melangkah, jangan pernah lupa akar umbi. Hormat orang tua, hargai cikgu-cikgu.

“Hargai dan ingat orang yang membawa anda ke sana sepanjang perjalanan,” kata Alif menitipkan pesanannya buat anak-anak.

View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Sumber/Foto : Alif Satar | Instagram

ADVERTISEMENT

Related articles