‘Jangan Lupakan Mereka’, Ini Cara Sampaikan ‘Hadiah’ Buat Mereka Yang Telah Tiada

Jangan lupakan orang yang sudah menīnggāl dunīa, terutamanya mereka yang pernah menyayangi kita semasa hidup dahulu. Gembirakan mereka dengan doa yang kita panjatkan selepas solat.

Sesungguhnya doa kita ibarat hadiah yang akan disampaikan kepada mereka.

Imam al-Nawawi dalam al-Azkar berkata:

أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويصلهم ثوابه.

“Para ulama sepakat bahawa doa bermanfaat bagi orang mātī dan pahalanya sampai kepada mereka.”

Ibn al-‘Arabi al-Maliki dalam al-Masalik fi Syarh Muwatta Malik berkata: “Sesetengah ulama salaf berkata:

Doa bagi orang mātī adalah seperti hadiah bagi orang hidup. Malaikat akan datang kepada orang itu membawa sebuah bekas daripada cahaya yang ditutupi lembaran kaīn daripada cahaya. Dia berkata: Ini hadiah daripada saudaramu si polan atau kawanmu yang bernama polan. Orang itu menjadi sangat gembira sebagaimana orang hidup bergembira apabila menerima hadiah.”

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Dr Umar Muhammad Noor

Related articles