Jangan Lupa Ucapkan Zikir Ini Ketika Terjaga Dari Tidur Di Malam Hari Untuk Mendapatkan Pengampunan Dan Doa Yang Mustajab

Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Allah – عَزَّ وَ جَلَّ –  mengurniakan kita pelbagai waktu dan sebab kepada kita yang boleh kita gunakan berdoa kepada Allah, memohon hajat yang kita kehendaki, atau pun kita memohon keampunan daripada Allah atas segala do’sa-do’sa yang telah kita lakukan.

Salah satu waktu yang Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – kurniakan kepada kita iaitu bila mana kita terjaga di malam hari. Waktu di mana kita tak perlu bersusah payah berebut-rebut berdoa di pintu hadapan kaabah atau di mana sahaja. Tapi dengan semudah kita terjaga di katil kita, tempat tidur kita di malam hari. Itu adalah waktu Allah – عَزَّ وَ جَلَّ –  membukakan ruang waktu untuk mustajabkan doa kita. Dengan satu syarat iaitu kita ingat kepada Allah Allah – عَزَّ وَ جَلَّ –  dan kita berzikir sebagaimana yang Nabi – صلى الله عليه وسلم – ajarkan kepada kita 

Dari ‘Ubadah bin Shamit – رضي الله عنه -, dari Rasulullah – صلى الله عليه وسلم – baginda bersabda :

“Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya. Jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksudnya : “Tiada Tuhan selain Allah satu-satunya yang tiada sekutu bagi-Nya. Dialah yang memiliki kerajaan, bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.

Kemudian dia mengucapkan:

Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

dan selepas itu dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya pasti Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – akan mengampunkan dan mustajabkan. Kerana apa? kerana kebiasaan orang yang terjaga malam ini hatinya tidak akan teringat akan Allah, dia akan ingat nak tidur atau benda-benda dunia.

Tetapi jika perkara pertama sekali yang kita ingat setelah mencelikkan mata ini, kita ingat Allah. Seolah-olah Allah itu hadir dalam hidup kita. Seolah-olah Allah itu hampir dengan hidup kita. Kita ingat sebelum kita tidur, selepas kita bangun kita ingat Allah. Maka itu menandakan kita begitu hampir dengan Allah – عَزَّ وَ جَلَّ -. Kita bergitu rindu dan ingatkan Allah. Masakan Allah – عَزَّ وَ جَلَّ – tidak mustajabkan doa-doa kita dan ampunkan do’sa-do’sa kita.

Imam Ibnu Baththal Rahimahullah berkata, “Bagi orang sampai kepadanya hadits ini, sepantasnya dia berusaha mengamalkannya dan mengikhlaskan niatnya (ketika mengamalkannya) untuk Allah Ta’ala.” (dinukil oleh Imam Ibnu Hajar Rahimahullah dalam kitab Fathul Baari 3/41).

Justeru marilah sama samalah kita berusaha mengamalkan amalan berdoa ini bila terjaga pada tengah malam

والله أعلم

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di  @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Disediakan oleh : abunur@vmk
Diolah daripada Tazkirah Ustaz Kamilin

 

 

 

Related articles