SYAFAAT ditakrifkan sebagai kelebihan yang dikurniakan Allah سبحان و تعالىٰ kepada baginda Rasulullah رضي الله عنه untuk menolong umatnya di Padang Mah’syar ketika hari kia-mat kelak.
Allah mengangkat darjat Baginda bukan sahaja di dunia bahkan di ak’hirat nanti dengan Allah سبحان و تعالىٰ mengizinkan Rasulullah memberi syafaat kepada umatnya yang layak
LEPAS HABIS AZAN, SIAPA YANG KATA CINTA NABI JANGAN TINGGAL 2 PERKARA NI.
- Selawat Keatas Nabi صلى الله عليه وسلم
- Bedoa Selepas Azan
Ramai dalam kalangan kita yang alpa dengan selawat dan doa selepas azan. Ini kerana kesibukan kita dalam urusan dunia sehingga menjadikan kita lupa akan kepentingan doa selepas berkumandangnya azan.
Membaca doa selepas azan adalah antara penyebab seseorang itu boleh mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
Daripada Abdillah bin ‘Amr bin ‘Asr رضي الله عنه, sesunguhya dia mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ
Maksudnya: “Apabila kamu mendengar muazdin, maka ucapkanlah sepertimana yang sedang diucapkan oleh muadzin. Kemudian berselawatlah kamu ke atasku kerana barangsiapa yang berselawat je atasku engan satu selawat maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh (10 kali selawat). Setelah itu, mohonlah (doalah) kepada Allah terhadapku sebagai wasilah kerana ia merupakan salah satu tempat (kedudukan di dalam Syurga) yang mana ia tidak layak untuk sesiapapun melainkan buat hamba-hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah orang tersebut (yang layak di kedudukan tersebut di dalam Syurga kelak). Maka barangsiapa yang memohon kepadaku wasilah maka layaklah baginya untuk mendapatkan syafaat (syafaat Nabi SAW).” [Riwayat Muslim (384)]
Menurut Imam al-Nawawi bahawa hadith ini menunjukkan sunat berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم selepas daripada selesai menjawab azan. Di samping itu juga, sunat seseorang itu berdoa atau memohon wasilah kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Tambahan pula, sunat juga bagi orang yang mendengar azan untuk menjawab setiap daripada perkataan-perkataan muadzin itu selepas daripada muadzin selesai menyebutnya dan dengan tidak menunggu lama untuk menjawabnya. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 87/4]
Kesimpulannya, berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم merupakan satu tuntutan dan ia merupakan perkara yang sunat berdasarkan kenyataan Imam al-Nawawi di atas. Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberi kefahaman kepada kita agar dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian kita dan dengan itu akan melayakkan kita untuk menerima syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم di hari ak’hirat kelak. Amin.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk