‘Jangan Cakap Lebih-Lebih Ustaz’ – Ustaz Wadi Kongsi Cabaran Dakwahnya & Punca Ustaz Kazim Di Sihir

Pengedaran zaman mengubah landskap dakwah juga turut berubah, jika dahulu kuliah atau ceramah agama hanya tertumpu di masjid-masjid, madrasah atau pondok dalam sesuatu masa. Kemudian mula berkembang ke corong-corong radio, kaset dan televisyen.

Dengan kecanggihan teknologi sekarang pendakwah dapat melakukan kuliah-kuliah secara ‘live’ dimedia sosial yang boleh diakses dan ditonton oleh sesiapa sahaja tidak mengira lapisan masyarakat. Tambahan pula video kuliah tersebut disunting ke bahagian-bahagian tertentu dalam menyampaikan mesej dakwah itu dalam masa yang singkat.

Namun, disana ada cabārān-cābāran yang perlu dihadapi oleh para pendakwah hari ini, antaranya kisah mengenai Ustaz Kazim Elias yang kini diuji oleh Allah سبحانه و تعالى‎ di mana tidak semua yang boleh terima apa yang kita sampaikan.

Di dalam satu keratan video Ustaz Wadi Annuar juga ada menceritakan sebab yang menjadi punca mengapa Ustaz Kazim Elias di uji dan menceritakan beberapa kisah cabārān yang dilaluinya. Mari kita lihat perkongsian ini.

Bila ramai orang dengar ceramah antara masalahnya ialah bila kita tegur orang sesuatu permasalahan macam baru-baru ini, saya ada membuat teguran tentang suami-suami yang tidak memberikan nafkah kepada para isteri.

Orang marāh saya, sebahagian lah.. daripada sejuta ada 10 orang.

marāh …

Ustaz, ustaz tahu tak video ustaz membuatkan kami bergaduh, ni dah seminggu kami bergaduh, isteri saya ungkit macam-macam..

Saya tanya, ‘memang tak bagi nafkah ke?

Di jawab, ‘Bukan tak bagi, kurang..’

dan bila saya ziarah Ustaz Kazim yang disīhīr kali ke-5, saya pergi terus ke rumah dia.. saya tanya :

‘Kenapa? Ustaz agak kenapa orang sīhīr ustaz?

Ustaz Kazim kata sebab dia tegur orang.

Dan dia kata kat saya hati-hati, ‘Ustaz pun banyak tegur orang..’

Dan saya rasa benda itu tak jauh.. memang saya pernah hadapi dan saya memang ada tegur orang memang orang marāh saya betul-betul.

Dia kata, “pikir lah guna otāk sikit ustaz nak cakap.. bukan semua orang berkemampuan nak bagi nafkah kepada isteri.. ustaz cakap macam ni kami dah berceraī ni… siapa dia nak tanggung.. “

aikkk, dia yang tak bagi nafkah saya yang kena tanggung..?

Dia tak beri nafkah pada isteri dia sayang kena tanggung sebab saya bercakap benar..

Bila Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :

‎كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ

Maksudnya: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdōsā apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” – Riwayat Abu Daud (1692)

itu pun dah cukup besar Nabi صلى الله عليه وسلم kata, dah membuatkan seorang suami yang mendirikan qiam 1000 rakaat untuk masuk nerākā bila dia abaikan isteri dia.

Orang marah …

Jadi Ustaz Kazim kata hati-hati ustaz, orang marah sampai tahap orang sīhīr.

Saya tengok balik sejarah saya kan maka kena hati-hati.. itu cabaran berdakwah, bukan cabaran belajar. Itu cabaran berdakwah akan datang.

Bila ramai dengar kamu rupanya dibelakang kamu yang dengar kita pelbagai latar belakang. Macam-macam, ribuan katar belakang. Ada yang sangat menyayngi kita dan ada yang sangat membēnci kita.

Bila ceramah saya telah tersebar ke merata-rata dalam malaysia ni, Kumpulan yang kedua telefon saya..

‘Ustaz, kalau ustaz nak bercakap tolong bercakap benda yang masuk akal.. dia kata saya Islam ustaz, saya beriman dengan rukun iman yang enam.. tapi bila ustaz cakap terlalu merapu.. Nabi naik kelangit, naik buraq, pergi tengok syurga, pergi tengok nerākā, yang ni kami malū ustaz.. cerita-cerita macam ni kami malu dengan kawan-kawan kami yang belum Islam..’

Saya aikk, ni bukan nama gōpāl gōpāl ke apa nama, nama Islam.. lama dia bersembang, dia ajak kawan-kawan dia pulak untuk nasihatkan saya supaya jangan cerita benda-benda yang luar daripada akal..

Contohnya, ‘Nabi صلى الله عليه وسلم  mendegar batu dan pokok memberi salam..’

Dia kata jangan cakap lebih-lebih ustaz, ni… ni.. batu ni… batu mana bercakap? ustaz tunjuk kat saya sat batu mana yang bercakap…?

Tuan puan, ni bukan di Rusīa tau ni di Malaysia, ini di Malaysia

Telefon bertalu-talu bagitau supaya saya bagitau ajaran Islam yang sebenar, kata Ustaz Wadi Annuar

Aikkk, ajaran Islam yang sebenar macam mana pulak dahhh.. kan.. haaaa, jenuh saya nak cari.. tak boleh nak cerita pasal mukjizat..

Inilah sedikit kisah cabarān yang harus ditempuhi oleh pendakwah pada hari ini. Mudah-mudahkan Allah permudahkan.

Kita juga berdoa agar Allah سبحانه و تعالى‎  menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang menyebarkan pendamaian, menyebarkan kebaikkan, menyeru kepada perpaduan.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Nurul Aqidah Abd Aziz

Related articles