Jangan Bunuh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial

“Jangan Būnūh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial.”

Hari ini ramai orang yang strēss,l abel kehidupan sendiri gagāl. Tidak habis-habis menyalāhkan diri sendiri.

Malah yang lagi sedih,usia baru awal 20-an pun sudah mudah melabelkan kehidupan sendiri sebagai “losēr”.

ADVERTISEMENT

Kita sibuk lihat kehidupan orang lain setiap hari, terutamanya di media sosial. Setiap hari tidak behenti scroll cerita kejayaan orang lain,

Ada yang belajar sehingga ke luar negara pada usia muda,

Ada anak orang kaya yang kongsi kisah bapanya hadiahkan kereta kepada dia supaya mudah untuk urusan belajar di universiti,

Ada orang kongsi kisah strategi simpan sehingga 50k sebelum umur 25 tahun. Muda-muda sudah boleh pasang impian untuk jadi jutawan.

ADVERTISEMENT

Ya betul,tidak salah untuk kita baca kisah kejayaan orang lain di media sosial. Itu kisah hidup mereka,mereka ada hak untuk berkongsi.

Yang salahnya adalah apabila kita lihat kebahagiaan hidup orang lain di media sosial sehingga kita wujudkan tekanan terhadap diri sendiri secara luar biasa.

ADVERTISEMENT
  • Orang tayang beli kereta di media sosial, kita rasa losēr sebab masih naik motor.
  • Orang tayang kehidupan dah kahwin di media sosial, kita rasa losēr sebab masih bujang.
  • Orang tayang kejayaan beli rumah di media sosial, kita rasa losēr sebab masih hidup menyewa.
  • Orang tayang kejayaan hidup mewah hasil bisnes di media sosial, kita rasa losēr sebab masih bekerja dengan orang.

Tanpa kita sedar, perbandingan yang telah kita wujudkan telah membunūh secebis rasa syukur di dalam diri.

Semua yang orang lain ada, kita nak juga, tetapi tidak usaha. Kalau kita dah usaha, tetapi tidak dapat seperti orang lain,a nggap sahaja lah ianya bukan bahagian rezeki kita.

Setiap orang ada bahagian rezekinya tersendiri .Duduk sebentar,l ihat sekeliling,

“Nikmat tuhan apa lagi kah yang kau ingin dustākan?”

Kita ni,jika hidup kerja bulan-bulan gaji RM3000, hidup pun perlu lah sama dengan gaji. Jangan berlumba dan anggap diri lemah kerana tidak mampu capai kehidupan seperti orang gaji RM15,000 sebulan.

Ada masa, kita perlu berpijak di dunia realiti, setiap perkara yang dikongsikan di media sosial belum pasti 100% menjamin kebahagiaan.

Yang berkongsi hidup bahagia,belum tentu dia hidup bahagia sepenuhnya di dunia realiti.

Yang tidak rajin berkongsi di media sosial, tidak semestinya hidupnya surām di dunia realiti.

Perbandingan hidup adalah proses membūnūh jiwa yang kita tidak akan pernah sedar.
Berpada-padalah menilai kehidupan orang lain.

Hidup ini adalah pilihan,bukannya paksaān untuk meletakkan syarat terhadap kehidupan diri sendiri.

Begitulah.

Hidup Kita, Cara Kita.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Aidil Nor Adha

ADVERTISEMENT

Related articles