Hargai suamimu
Kerja atau tidak kerja, dia suamimu
Berilmu atau orang awam, dia suamimu
Romantik atau hambar, dia suamimu
Kurang atau berlebihan, dia mengerah keringatnya menafkahimu
Ini bukan soal kenapa harus menghormati suamimu
Tapi ia soal siapa yang memerintahkanmu untuk hormati kepada suamimu
Sudah berapa kali kau bersuara tinggi di hadapannya
Sudah berapa kali kau memerintah dia
Sudah berapa kali kau merendahkan pendapatnya
Sudah berapa kali kau memotong percakapannya
Sudah berapa kali kau mengeluh sehingga membebankan hatinya
Sudah berapa kali kau ceritakan keburu’kannya
Kau tak suka membaca ini
Ketika membaca ini pun, hatimu masih nak berkata kau lebih bagus berbanding suamimu
Kau merasa dia yang patut ditegur dan dipersa’lah
Kau masih merasa angkuh boleh hidup tanpa dia
Dia suamimu, syukurilah kebaikannya
Sebelum Allah mengambilnya
Sebelum semuanya sudah terlembat
Kerana ketika dia sudah terbaring di dalam tanah
Saat itu baru kau tahu dia sebenarnya sudah cukup sempurna untukmu
Dia sebenarnya sepadan dengan segala kelema’hanmu
Jikalau kau terus taat kepadanya maka Allah akan memberikanmu syurga
Kau tidak akan rugi barang sedikitpun
Meskipun suami kau itu amat buruk peribadinya
Hargailah suamimu, bukan kerananya, tapi kerana-Nya.
Oleh : Ellyeen Amineen
Doa Terbaik Seorang Isteri Buat Suami, Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami.
Bicara dan mengadulah kepada Allah, mengadulah dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakit-kan.
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan le-mah lem-but.
Ingatlah wahai isteri..
Doa isteri yang paling makbul dan didengar terus oleh Tuhan, adalah bilamana dia bangun dan solat 2 rakaat, kemudian mendoakan kebaikan buat suaminya.”
“Kenapa Allah makbulkan?”
“Kerana, waktu dia disakitkan oleh suaminya, cintanya pada Allah dan suami kekal dan tak pernah hilang. Ia percaya pada kebaikan Allah dan suami. Itulah yang Tuhan pandang pada seorang isteri.”
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk solat 2 rakaat, berdoalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“Ya Allah, ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya Allah ampunilah segala do-sa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-Mu. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Benarlah.
Seorang wanita yang hatinya hidup, adalah hati yang kekal bersama Tuhan
والله أعلمُ
Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk