Isi Ayam Tak Laku, Cuba Masak Ayam Masak Halia. Habis Licin Dimakan Anak-Anak

Kebiasaanya ayam bahagian dada atau isi ni kurang laku, masing-masing lebih suka bahagian bertulang. Terkadang tak terusik pun.

Selain dibuat bahan rencah nasi goreng, bihun atau mee, anda juga boleh cuba buat isi ayam masak halia resepi perkongsian Fdlah Ila ini.

Menurutnya kebiasaanya isi ayam ini tak laku, bila masak begini licin habis di makan anak beranak.

ADVERTISEMENT

Mari ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Sup Ayam Halia Lada Hitam Untuk Kembalikan Selera & Panaskan Badan Ketika Tidak Sihat

ISI AYAM MASAK HALIA

Rumah saya ayam bahagian dada atau isi tak laku bila masak, suami dan anak pilih bahagian tulang saja. Kalau nak laku kena buat ayam halia, confirm cepat habis.

BAHAN-BAHAN :

  • Isi ayam – dihiris nipis
  • Bawang putih -dicincang
  • Halia -dihiris nipis memanjang (guna banyak baru sedap)
  • Sos tiram
  • Cili kering – dipotong
  • Bawang merah – belah 6
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit tepung jagung
  • Daun bawang – dipotong

NOTA : Kuantiti bahan ikut jumlah isi ayam

ADVERTISEMENT

CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Guna minyak sama goreng bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris tadi. Bila dah sedikit layu terus angkat. Ketepikan.

ADVERTISEMENT

3. Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam seketika dan masukkan sedikit air. Renehkan seketika.

4. Selepas itu masuk sos tiram dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan semula cili kering, bawang dan halia yang ditumis.

5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air untuk pekatkan kuah. Kepekatan ikut citarasa.

6. Perasakan dengan garam dan kacau rata. Sebelum tutup api masukkan daun bawang.

ayam masak halia

Siap masak dan sedia untuk dihidangkan

Kalau makan dekat foodcourt macam ni dah RM8 ke atas harganya. Ayam ada la 4 ke 5 hiris yang halus. Bila masak sendiri puas makan. Selamat mencuba semua.

ayam masak halia

Sumber/Foto : Fdlah Ila

ADVERTISEMENT

Related articles