‘Ipar Adalah Kematian’ – Jagalah Maruah Dan Harga Diri Wahai Wanita

Lagi kes Mahkamah Syariah. Bahana ipar duai tinggal sebumbung.

Dapat panggilan seorang suami bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah (suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darāh dagīngnya).

Isteri baru sahaja bersalin 12 hari, dan hari ini buat pengakuan ini bukan anak suami, tapi anak adik kandung suami (adik ipar). Si suami minta penjelasan si adik tentang apa yang berlaku, si adik pun mengaku memang kerap lakukan hubūngan atas dasar suka sama suka.

Kelahīran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layān baby.

Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Disebabkan PKP, suami lama terkandās di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga.

Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlānjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengāndung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamīlan).

Apabila anak lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak memang ikut muka adik ipar. Tak sanggup lagi menīpu suami dan menyēsal dengan dōsā tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benīh hasil perkahwinan dengan suami.

Separuh gīla si suami, berada di Perak dan dimaklumkan isteri dengan berita ‘malāng’ sebegini. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li’an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti.

Dia bertanya bagaimana status anak tersebut jika dia setuju tu bukan anak benih dia sendiri? Saya jelaskan Li’an ada tempoh tertentu dan antara pandangan muktabar di sisi mazhab Syafie hendaklah dilakukan ketika anak masih dalam kandungan hingga sejurus sahaja lahir. Kena rujuk Hakim, saya tiada authority.

Cuma, ada saya bertanya..
“Tuan yakin atau tidak nak li’ankan anak tersebut?”, Dia sudah menangīs di hujung talian.

“Bagi saya tu anak saya, Puan.”
Aduhai ujian.

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :-

‎إيَّاكُمْ والدخول على النساءِ فقالَ رجلٌ منَ الأنصار يا رسولَ الله أفرأيتَ الْحَمُو قالَ الْحَمُو الموت

Bermaksud : “Janganlah kamu memasuki tempat para wanita. Maka berkata seorang lelaki dari kaum Ansar: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan ipar?”, Baginda berkata: “Ipar adalah kemātīan.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. )

“Kemãtīan” menurut Imam al-Thobari adalah merujuk kepada sesuatu perkara yang burūk dan tidak disukai, yang mana mereka menyamakan sifat itu dengan berdua-duaannya seorang lelaki dengan isteri saudaranya sendiri. (Kitab Fathul Bari)

Wanita, isteri, jagalah maruah dan harga diri sendiri.
Kita adalah golongan yang paling ramai mengikut Dājjāl. Perbanyakkanlah ilmu agama dan hindari kelalaīan. (17:32)

Naūdzubillāh.

Mohon jangan tinggalkan komen tidak Syar’ie. Suami beri izin saya kongsi kisah sebagai iktibar. Doakan beliau.

#MahkamahSyariah
#PeguamSyarie
#Lian

Jawapan :

Maaf tak boleh pm sorang-sorang beri jawapan. Perbualan kami panjang, beliau minta pandangan asalnya kerana isteri desak beliau nafikan nasab anak perempuan mereka, saya sekadar beri nasihat menurut kapasiti saya sebagai peguam Syar’ie.

1. Li’an tidak sesuai dalam hal ni kerana isu tempoh kelahiran dan isteri sendiri mengaku anak bukan anak suami mengikut perkiraan.

2. Qazāf (suami tudūh isteri berzīna tanpa saksi) juga tidak sesuai kerana isteri sendiri mengaku sudah berzīna.

3. DNA tidak mengikat keputusan Mahkamah Syariah atas faktor yang lebih maslahah, namun tidak bermakna Mahkamah tidak ada cara lain. Kaedah kiraan tempoh kehamilan dan qiyafah boleh digunapakai.

4. Pengesahan taraf nasab anak mungkin boleh dilakukan oleh pihak suami dan isteri.

Cukuplah berbalāh dan mengūtuk. Dari awal penulisan juga sudah saya niatkan sebagai iktibar. Wallahu’alam.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Nur Fatihah Azzahra
Viral Malaysia Ku

Related articles