‘InsyaAllah Anak-Anak Akan Taat’ – Doa Ketika Memandang Wajah Anak-Anak

Antara peluang yang sering dilepaskan oleh ibu bapa, adalah mendoakan anak mereka tiap ketika terpandang ke wajah mereka.

Doa parent kepada anak-anak merupakan salah satu doa yang maqbul di sisi Allah سبحان و تعالىٰ.

Dan daripada usaha Ulama-ulama kita adalah mengajarkan parent banyak doa-doa yang bagus untuk diamalkan bagi kebaikan anak-anak selain “menjaga” keluarga daripada melafazkan kata-kata yang tidak baik kepada anak-anak apabila beremosi.

ADVERTISEMENT

DOA KETIKA MEMANDANG WAJAH ANAK-ANAK

Contohnya, ulama berpesan apabila memandang anak-anak bacalah doa ini :

Maksudnya, “Ya Allah, berkatilah anak-anak kami, lindungilah mereka, peliharalah mereka, dan rezekikanlah buat kami kebaikan mereka.”

Insyaallah, anak-anak akan menjadi taat.

ADVERTISEMENT

Doa ini turut mereka anjurkan untuk dibaca ketika parent teruji dengan kenakalan anak-anak. Agar parent tidak cakap yang buruk-buruk pada anak.

*****

ADVERTISEMENT

Doa-doa yang mereka (ulama) ajarkan walaupun zahir lafaz untuk kebaikan anak-anak, tetapi ia tidak semata-mata untuk mereka (anak-anak), bahkan sebenarnya doa itu juga untuk kebaikan parent .

Dengan berdoa yang baik-baik, parent dapat memiliki ketenangan dan ketenteraman.

Jika doa parent itu maqbul, anak-anak insyaAllah berhasil yakni berakhlak dan taat.

Dan parentlah orang yang sangat beruntung jika anak-anaknya soleh solehah.

Di dunia parent dapat menikmati ketaatan anak soleh solehah, di ak-hirat parent dapat ganjaran atas usaha yang tidak putus=putus dilaburkan dalam mendidik dan mentarbiyah anak-anak.

Jadi daripada itu, saya ada bercita-cita untuk kumpulkan dan amalkan sebanyak mungkin doa-doa yang ulama sarankan ini.

Jujur saya rasakan ketika meneliti sebahagian makna-makna doa yang mereka ajarkan, saya berasa sangat kagum.

Kerana, selain lafaz yang baik-baik, di dalamnya ada nasihat yang sangat berharga untuk parent sebagai panduan mendidik anak-anak.

Sekarang saya sedang berusaha mencatatnya dan mengumpulnya di channel telegram. (( Mohon Tuan/Puan doakan saya dipermudahkan ))

Dan saya berhasrat untuk berkongsi hasil pencarian saya itu dengan mana-mana parent yang mungkin berminat.

(( Untuk sertai, boleh klik link ini : https://t.me/doauntukanak ))

Boleh juga share link tersebut pada kenalan yang lain, mungkin mereka juga sedang mencari dan berminat dengannya.

Sekali lagi saya harapkan, mohon doakan usaha saya ini diberkati di sisi Allah سبحان و تعالىٰ dan tergolong pekerjaan yang memberi manfaat bagi kita semua di dunia dan ak-hirat. (Ibn L-Abidin)

Sumber : Ibn L-Abidin

TAMBAHAN

Makanya setiap kita (ibubapa) melihat anak-anak, kita do’akan buat mereka.

  • Ketika lihat dia (anak) sedang main-main, Yaa Allah baguskan nasibnya.
  • Ketika lihat dia (anak) sedang nonton film kartun, Yaa Allah bahagiakan hidupnya dunia akhirat.
  • Saya lihat anak lagi makan, Yaa Allah kurniakan rezeki yang melimpah baginya yang berkah, yang bawa kebaikan.
  • Saya lihat anak  sedang tidur, Yaa Allah pandang ia dengan pandangan kasih sayang-MU.
  • Tiap kali saya lihat anak maka do’akan dia.

Do’a apa saja yang terlintas difikiran kita, kerana kita perlu yakin entah sekarang, entah lusa, pasti ada diantara do’a-do’a tersebut yang di ijabah oleh Allah سبحان و تعالىٰ .

اللهم بارك لي في أولادي واحفظهم ولا تضرهم ووفقنا وإياهم لمعرفتك وطاعتك وحبك وحسن التأدب معك وارزقنا برهم ولا تفتنهم بعدنا ولا تفتنا بعدهم وأحسن لنا وإياهم حسن العقبى برحمتك يا أرحم الراحمين

آمين

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel dan tips-tips menarik

ADVERTISEMENT

Related articles